Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Sunday, March 24, 2013

teladan Umar Al Khattab yg redha atas takdir Allah

bismillahirrahmanirrahim....

hari ini ana terlalu cintakan dunia dan makhluk sehingga menyusahkan diri,meresahkan hati dengan segala perkara2 dunia yg xkekal ni.. allahurabbi kenapa jadi mcm ni?? :((
kenapa ana asyik teringatkan makhluk instead of Allah dan RasulNya?? apa dah jadi dengan diri ini?kenapa bila diuji sedikit sudah xkeruan,ntah pape.kdang2 xnk terima qadak dan kadar yg Maha Pencipta sudah rancangkan utk diri ini..Ya Allah kau janganlah memutuskan rahmatMu yg diberi kepadaku serta berilah aku petunjuk supaya aku semakin taat kepadamu..semoga aku dapat melihat zat Mu di sana nanti..hanya redhaMu yg ku pohon ya Rabb :((

marilah kita melihat our Amirulmukminin saidina Umar yg melihat musibah/ujian dari Allah sebagai nikmat dari Allah kepadanya..Allahurabbi!

kata saidina Umar..

"saya ini kalau terkena musibah,saya akan tengok dari 4 sudut,kalau dari 4 sudut ni xmemenuhi,maka saya anggap ia NIKMAT..yg pertama,kalau musibah itu yg terkena pada aku,and ade musibah yg lebih besar,xmenimpa kepada aku,maka aku anggap musibah yg menimpaku itu nikmat...yg kedua,bilamana musibah yg menimpaku itu tidak menyentuh kepada akidah,agama,kepada imanku,(contoh org yg berpikiran songsang terhadap agama,Allah turunkan musibah yg boleh mencabar akidah,keimanan..sgt bahaya tuh),maka aku anggap musibah itu nikmat...(sebb ade org bila diduga sehingga ada yg keluar islam..cth masa nabi wafat,ramai yg kufur,keluar agama)..yg ketiga,bilamana aku diberikan sifat menerima,iaitu sabar(terhadap ketentuan dari Allah)..aku anggap itu adalah nikmat..(sebab semua org diduga/diuji oleh Allah,cuma ujian itu berbeza2 mengikut kehendakNya)..dan keempat,bilamana aku ditimpakan musibah,dan aku tidak diharamkan untuk mendapat ganjaran Allah daripada musibah itu,maka aku anggap ia nikmat"..


wahai sahabat, mari kita renungkan prinsip yang menjadi pengangan Saidina Umar. Beliau tidak pernah lupa mengucapkan alhamdulillah meskipun musibah menimpanya. Inilah tingkatan redha yang paling tinggi. selalunya, orang yang terkena musibah akan berduka, tetapi yang dilakukan Umar amat berbeza, malah beliau mengucapkan syukur saat musibah menimpanya, selagi yang menimpanya itu berkaitan dengan masalah dunia. Sebesar manapun musibah yang bersifat duniawi itu akan terasa ringan dan remeh jika dibandingkan dengan musibah yang berkaitan dengan agama. Allah Ta’ala akan membalas musibah yang menimpanya dengan syurga. 

Umar juga pernah berkata, 

“Demi Allah, aku tidak pernah mempedulikan apapun yang menimpa diriku dalam urusan dunia, baik itu sesuatu yang baik ataupun buruk, kelapangan ataupun kesimpitan, kebahagian ataupun kesempitan, kebahagian ataupun kesedihan selagi aku masih menjadi muslim.”

semoga ana dan antum semua dapat mencontohi tauladan Saidina Umar nih,setiap org diuji oleh Allah,terpulanglah kepada kita untuk menghadapi ujian tuh macamana..sangat bagus jika kita memandang segala ujian2 yg melanda kita dengan pandangan rahmat,iaitu nikmat sepertmana Umar melihat musibah2 yg melandanya..baru ujian sikit kita dah macam apa,nk mengadu kepada Allah pun susah..semoga keimanan kita kepada qadak dan kadar semakin utuh,menerima segala takdir Allah kepada kita dengan redha dan bersabar..semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk...

No comments:

Post a Comment

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)