Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Sunday, March 17, 2013

ZINA

bismillahirrahmanirrahim..

ZINA...
ya suatu perkataan yg bila ana dengar hakikatnya terus hati rasa xsedap..sebab apa,sebab hari2 buat..zina mata,zina hati..bukan zina yg bersetubuh tu je zina..

"Dan orang2 yg menjaga kemaluannya"[al-ma'rij:29]

yakni dari perbuatan keji dan tidak halal bagi mereka,sebagaimana Allah berfirman dalam ayat len:

"Dan jangan kamu mendekati perbuatan2 yg keji,baik yg nampak atau yg tersembunyi."[al-an'am:151]

yakni perbuatan keji yg besar iaitu berzina dan yg kecil iaitu mencium,meraba,dan MEMANDANG.

nabi bersabda,
"kedua tangan dapat berbuat zina,dua buah mata pun dapat berbuat zina."

Allah SWT berfirman:

"katakanlah kepada org2 mukmin lelaki,hendaklah mereka menahan pandangannya,dan menjaga kemaluannya,yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka"[an-nur:30]
-perintah pada perempuan pada ayat 31

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”[al-isra:32]

Ya,dalam byk2 perintah daripada Allah,Allah sebut direct je pengharamannya..contoh,jangan minum arak,jangan berjudi,jangan ambik riba,jangan berjudi,tapi zina?
Allah xcakap jgn berzina,tapi Allah cakap jangan MENDEKATI zina,apatah lagi membuatnya..sebab apa,sebab perasaan tertarik/suka kepada pasangan lain jatina adalah FITRAH..fitrah ni Allah kurniakan kat manusia sebagai rahmat Allah kat kita,manusia kalau dia betul2 tanya dalam lubuk hati dia,dia akan rasa(dari dalam lubuk hati dia) perkara yg Allah larang tu dia akan rasa salah or xsedap hati..walaupun pada zahirnya hati(nafsu) menginginkannya kerana kelebihan2 dunia..cntohnya mencuri or berjudi or papelah perbuatan larangan Allah..tapi perasaan suka kepada pasangan?Ya,Allah jadikan dia timbul dalam hati,fitrah yg ada pada
sume manusia sebagai rahmat utk kita manusia hidup berpasang2ngan..

justeru Allah mengharamkan zina dan melarang kita mendekati zina ..

Allah SWT berfirman:

"Dan sesiapa yg melakukan demikian itu akan menemukan dosa."[al-furqan:68]

yakni seksa di neraka..tashikani neraka wahai diri ini..takutlah Allah wahai diri ini.. :((

sesungguhnya Abdullah bin Umar dudk kat pintu rumahnya.then dia ternampk awek lawa lalu depan rumah dia lalu cepat2 dia masuk rumah dia kunci pintu..lepas lama sket dia tanya "telah pergi kah fitnah itu atau belum?" mereka menjawab, "dia telah pergi". maka keluarlah dia dari rumah..kemudian org bertanya kat dia."Ya abdullah,apakah yg telah orang tu buat kat kau?adakah kau mendengar sesuatu dari Rasulullah tentang orang(awek) tu? lalu Abdullah berkata

"Memandang mereka adalah haram,berbicra dengan mereka haram dan berkumpul dengan mereka juga adalah haram,"

begitulah yg dibuat oleh ibrahim bin umar,sahabat yg terkenal dengan solat tahajudnya..Ya tiada jalan lain kalau nk bercinta,melainkan bernikah..sungguh,jodoh manusia itu telah Allah tentukan sebelum manusia itu lahir lagi,tinggal kita je nak taat perintah Allah or sbaliknya..selagi belum halal,even berjumpa pun haram(kalau bukan perkara penting),Allah xbagi kita mendekati zina..even chat,message fb tu sume menyumbang kepada zina hati kalau bukan kerana perkara penting..Ya Allah ampunkan diri ini yg selama ini mengikut kehendak nafsu syahwat sendiri,sangat susah utk taat kepada perintahmu.. :((


“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya"[An-Nur :32-33]


Ya,inilah jalan islam..nikahilah dan bercintalah dengan cara yg Allah redha seseungguhnya kesemuanya itu mendapat ganjaran pahala disisi Allah.kalau berkenan,pergilah meminang,atau berusaha utk ke arah tu,lebih cepat lebih bagus..sebab Allah suka hambanya percepatkan perkara baik..yg suka lengahkan perkara baik ni kerja syaitan je..ketahuilah kalau sesuatu perkara baik itu dilengah2kan maka sesungguhnya Allah xsuka dan syaitan suka,syaitan punya kerje la tu..nnt last2 perkara baik xjadi,perkara maksiat terus dibuat2..astaghfirullah..



ketahuilah Allah lah tuhan seluruh alam sesungguhnya tiada sebaik2 penolong melainkan Allah,semoga Allah memberi petunjuknya kepada kita menunjukkan jalan2 yg diredhainya kepada kita..ana pon belum kawin act tulis kat diri sendiri nak beringat kt diri sndiri supaya jgn mendekati zina..sebab sungguh hati ini susah nak dijaga lagi2 umur dah 22tahun dah..cukuplah buat dosa dengan means nih nak start buat pahala plak lpas nih..Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yg diredhaimu..


Dari Abu Dzar radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam, ia berkata, Sesungguhnya sebagian sahabat berkata kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam, Wahai Rasulullah, orang-orang kaya memborong pahala, mereka mengerjakan shalat sebagaimana kami shalat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka mampu bersedekah dengan kelebihan harta mereka. Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk bersedekah? Sesungguhnya tiap tasbih adalah sedekah, tiap tahmid adalah sedekah, tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang di antara kamu (dengan istrinya) adalah sedekah. Mereka bertanya, Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kami yang memenuhi syahwatnya mendapat pahala? Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menjawab, Apa pendapat kalian jika orang tersebut memenuhi syahwatnya pada hal yang haram, apakah dia berdosa? Maka, demikian pula jika ia memenuhi syahwatnya itu pada yang halal, ia mendapat pahala. (HR. Muslim)

betapa besar rahmat Allah beri kepada hambanya kalau kita melihat dengan mata hati kita..segala pekerjaan mengikut suruhannya adalah pahala even kita memenuhi nafsu sendiri.sedangkan yg dilarangNya sungguh hanyalah membawa kerugian yg nyata di akhirat kelak..wahai diri,sedarlah cepat!hiduplah dalam ketaaan kepadanya,memperoleh rahmat dan lindungannya..

p/s(lelaki):persiapkanlah dirimu sebaik mungkin,kalau dah suka masuk je meminang,kalau ada masalah cuba selesaikan dengan penuh hikmah,yg penting jaga hak Allah,jgn dekati zina langsung

p/s(perempuan):persiapkanlah dirimu sebaik mungkin,jagalah kemaluan dirimu,jgn layan lelaki yg dtg kepadamu dengan cara yg xbetul even laki itu idamanmu,terimalah lelaki yg soleh yg dtg meminangmu even dia bukan idamanmu,
“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

semoga Allah redha

1 comment:

  1. sesungguhnya Abdullah bin Umar dudk kat pintu rumahnya.then dia ternampk awek lawa lalu depan rumah dia lalu cepat2 dia masuk rumah dia kunci pintu..lepas lama sket dia tanya "telah pergi kah fitnah itu atau belum?" mereka menjawab, "dia telah pergi". maka keluarlah dia dari rumah..kemudian org bertanya kat dia."Ya abdullah,apakah yg telah orang tu buat kat kau?adakah kau mendengar sesuatu dari Rasulullah tentang orang(awek) tu? lalu Abdullah berkata

    "Memandang mereka adalah haram,berbicra dengan mereka haram dan berkumpul dengan mereka juga adalah haram,"

    begitulah yg dibuat oleh ibrahim bin umar,sahabat yg terkenal dengan solat tahajudnya.

    # ibrahim bin umar, atau abdullah bin umar?

    ReplyDelete

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)