Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Friday, March 15, 2013

Ibrahim bin adham-dari seorang raja menjadi sufi tauladan yg zuhud(part1)


Bismillahirrahmanirrahim..


Kali ni jom kenali Ibrahim bin adham..seorang raja yg akhirnya menjadi wali Allah yg zuhud..cerita dia panjang,so ana nk edit biar lebih ringkas n santai iA..
Ibrahim nih seorang raja yg sangat luas kuasanya..namun dengan kuasa Allah dia bertaubat,meninggalkan seluruh kerajaan dan kekayaannya dan mengembara sehelai sepinggang menjadi ahli sufi yg sangat kuat beribadah di zamannya..

Ibrahim merupakan raja balkh dan mempunyai kuasa empayar yg sgt luas..senang citer kaya giler lah..pada suatu malam tengah2 dia tidur di kamar dalam istananya dekat atas bumbung bilik dia bergerak2 seolah2 ade org tengah lalu atas bumbung tuh..ibrahim terjaga dan berseru

Ibrahim: siapakah itu?

Orang atas bumbung: sahabatmu.untaku hilang dan aku sedang mencarinya atas bumbung ini

Ibrahim: bodoh!jadah ape kau cari unta atas atap!

Orang atas bumbung: wahai manusia yg lalai,apakah engkau hendak mencari Allah dengan berpakaian sutera dan tidur di atas katil emas?

Kata2 itu membuatkan Ibrahim resah n xleh tidur..bila esoknya dah siang,Ibrahim duk kat singgahsananya n asyik memikir kata2 org atas bumbung mlm td dia dengar tuh,.para pembesar sume,hmba2 sume berdiri ikut ranks masing2..tiba2 datang seorng laki berwajah menakutkan masuk ke dalam ruang tamu..kemudian ibrahim bertanya kepada lelaki itu

Ibrahim: apa yg engkau mahukan?

Lelaki: ak baru sahaja sampai ke tempat ini

Ibrahim: ini bukan tempat persinggahan kafilah.ini istana ku.engkau sudah gila!

Lelaki: siapa pemilik istana ni b4 kau?

Ibrahim: ayahku!

Lelaki: dan b4 ayahmu?

Ibrahim: datukku!

Lelaki: dan sebelum datukmu?

Ibrahim: ayah dari datukku!

Lelaki: dan sebelumnya?

Ibrahim: datuk dari datukku!

Lelaki: kemanakah mereka sekarang ini?

Ibrahim: mereka telah tiada,mereka dah mati

Lelaki: kalau mcm tu,bukankah ini tempat persinggahan yang dimasuki oleh seseorang dan ditinggalkan oleh yang lainnya?


Lelaki itu kemudian hilang..sesungguhnya itulah nabi khidir AS..ibrahim teruh gelisah mengingatkan kata2 lelaki itu..ya,melihat 2 kisah di atas,memang betulpun..mcmana kita nak cari Allah kalau kita berlagak seperti bukan HAMBAnya dan tidur di atas katil yg sedap2 dengan kemewahan yg berlebih2han?bende tu same jela mcm cari unta atas bumbung deshou..hari ini kita cakap kita cinta Allah kita memohon kepada Allah tapi tiap2 malam kita tidur lewat dan tidur di atas tilam yg empuk untuk melepaskan lelah kita mengejar ntah pape di siang hari,then how come kita nk kata kita cari Allah dengan mcm tu?boleh bangun qiam ke mcm tu,adakah kita btol2 cari Allah mengharapkan redhaNya?Allahurabbi dahla siang2 kita kejar ntah pape,then malam2 pon kita tidur nyenyak tanpa mencari Allah langsung..wahai sahabat carilah Allah dengan berusaha merendahkan diri kita,sedar kita nih hamba,at least usaha tanamkan sifat zuhud dalam hati kita.zuhud bukan bermaksud xde harta n pakai jubah copak sambil tangan bertasbih stay kat masjid tanpa berusaha mencari rezki,tapi zuhud ialah mengutamakan kehidupan akhirat berbanding dunia yg sementara ini tanpa terkesan dengan sedikit pun nikmat dunia nih..kalaupun kita ada tilam yg empuk,duit yg byak,belajarlah zuhud sikit dengan sedekah di jalan Allah,tidur awal n atas lantai ke dengan harapan boleh bangun qiam,mengutamakan haq2 saudara lain dahulu barulah memikirkan haq kita dan lain2..kita utamakan hidup kita di akhirat nnt instead of kejar dunia ni sangat..even nabi pun tidur atas tikar sampai berbekas badannya dengan bentuk tikar..tanya Aisyah,ya rasulullah,kenapa kau buat mcm ni(bersusah payah berusaha menjadi hamba dengan xtidur mlm solat sampai kaki bengkak etc etc) sedangkan Allah janjikan jannah.namun rasulullah menjawab “tidak salahkah aku ingin menjadi HAMBANya yg taat?”..Allahurabbi tu nabi yg dah dijamin syurga,inikan kita yg penuh dengan dosa dan noda..masih mahu bersenang lenang??:(((

 ya,memang betul kata lelaki bengis di atas,dunia ni hanyalah tempat persinggahan seseorang dan kemudian ditinggalkannya..itulah FAKTAnya!buktinya depan mata kita.saban hari kita lihat bayi dilahirkan ke dunia,saban hari kita melihat bayi itu eventually menjadi besar dan berkahwin then beranak pinak and then bayi yg kita lihat itu mati akhirnya..malah ade juga yg x sempat nk membesar pun sudah mati..org yg menulis ini dan yg membaca juga sedang menunggu turn nak mati..itulah hakikat kita hidup di dunya ini..jadi untuk apa kita hidup di dunia nih?justeru jgnlah kita berlagak berbangga sangat dengan apa yg kita ada buat masa nih,usahakanlah untuk kehidupan selepas ini,iaitu kehidupan yg kekal selama2nya..adoii banyk la plak ana bebel kali nih..baru 2 crita nih..xpalah lepas ni nanti kita lihat apa yg terjadi kat Ibrahim bin adham dan mcmana hati dia boleh terus berubah serta apa yg dia buat selepas Allah membuka pintu hidayah untuknya..wallahualam~

may Allah grant us his Jannah,aminn~

1 comment:

  1. Satu peringatan yg baik bg siapa yg betul2 mengingati kematian

    ReplyDelete

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)