Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Wednesday, March 13, 2013

Saad bin Abi Waqqas penghuni syurga

bismillahirrahmanirrahim..

jom layan kisah saad bin abi waqqas,antara sahabat yg dijanjikan syurga..byk kisah2 menarik tentang saad nih..

“Wahai ibuku, demi Allah, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu hilang satu demi satu aku tidak akan meninggalkan agamaku ini.”

itulah kata2 saad bin abi waqqas kepada ibunya yg mogok lapar kerana menginginkan dia keluar dari agamanya..betapa teguh keimanan sahabat nabi sehingga ibunya sendiri xeffect iman dia..ibu beb,bukan pmpuan ajnabi yg belum tentu jadi isteri or apa2 relation dengan kita..:(

saad nih dia kerje buat buasir n panah,so no wonder la dia juga seorang pemanah yg handal..nabi doakan kepada Allah supaya panahannya saad tepat dan doanya makbul.

masa nabi cakap saad nih ahli syurga,sahabat len bertanya kat saad amal apa yg dia buat sampai dijamin masuk syurga.Kata Saad, “Saya beribadat seperti kamu juga. Hanya saya tidak pernah menaruh perasaan dendam atau berniat jahat terhadap seorang pun di antara kaum muslimin.”

ya dia xpernah menaruh dendam even sikit pon kat orang islam..hatinya terlalu bersih utk ad even sikit rasa benci or prasangka or dendam kat muslim..Apabila berlaku perbalahan antara pengikut Saidina Ali dengan Muawiyah maka Saad bersikap berkecuali dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak.Ketika Khalifah Muawiyah berkuasa beliau mahu melantik Saad menjadi ketua panglimanya tetapi dengan tegas menolaknya dengan berkata.
“Apabila aku menghunus pedang jika dipukulkan kepada orang mukmin maka pedangku tidak melukai mereka tetapi jika dipukulkan kepada musuh Allah mereka akan terpotong.”begitu sekali pendirian saad bin abi waqqas terhadap kaum semuslimnya..

jom tengok hadis 40 sket..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Janganlah saling mendengki, saling melakukan najasy (dalam jual-beli), saling membenci, saling membelakangi, dan jangan membeli barang yang sedang ditawar orang lain. Wahai hamba-hamba Allah, jadilah kalian bersaudara. Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, maka tidak boleh menzaliminya, menelantarkannya, berbohong kepadanya, dan menghinakannya. Takwa itu ada di sini (seraya beliau menunjuk dada beliau tiga kali). Derajat kejelekan pada diri seorang muslim setingkat dengan perbuatannya merendahkan saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya. (HR. Muslim)

saad juga merupakan pahlawan yg berani..dalam perang badar dia sungguh gagah,dalam perang uhud dia cover nabi,dia juga berjasa besar dalam mengetuai tentera Islam untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perang Parsi. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang al-Qadisiyyah, Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.

masa pmerintahan khalifah sadina umar,b4 saidina umar meninggal dunia,dia nak saad bin abi waqass yg menggantikannya menjadi khalifah seterusnya..kalau saad xjadi khalifah pun make sure next khalifah beri saad jawatan..masa majlis syura dijalankan saad tarik diri daripada pencalonan utk jadi khalifah..then time pemerintahan khalifah uthman ibn
affan,khalifah melantik saad menjadi gabenor khufah..doanya begitu makbul sehingga apa yg didoakannya Allah makbul termasuklah doanya semasa nak merentas sungai tigris masa nk berperang dgn parsi,n doanya kepada org yg memfitnahnya semasa dia menjadi gabenor khufah..

begitulah serba sedikit kisah saad abi
waqqas,antara 10 sahabt dijanjikan syurga..marilah kita betul2 meletakkan iqtiqad kita untuk islam,mencintai Allah dan rasulnya melebihi keluarga kita sendiri,melebihi segalanya.melapangkan dada kita,membentuk hati kita supaya tidak ada pasangka or dendam sesama saudara muslim kita sendiri,meletakkan segala2nya hanya kepada Allah..semoga bermanfaat kepada pembaca,semoga kita boleh mencontohi sikap para sahabat nih..
may Allah guide us all~

No comments:

Post a Comment

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)