masa ni sekitar tahun ke10 selepas kenabian rasulullah SAW sehingga tahun ke13 selepas kenabian..masa ni baru je lepas perjanjian aqabah pertama..so nabi antar duta islam pertama mus'ab bin umair ke madinah..islam masa ni tersebar dengan luar biasa di madinah berkat kerja mus'ab siang malam.
so,setiap org yg msuk islam di madinah berusaha nk bawak keluarga mereka masuk islam jugak..
antra termasuklah kisah2 anak2 amru bin jamuh ..
anak2 amru sume dah masuk islam kecuali amru.dia masih percaya dengan berhalanya.so anak2 dia ni nak sedarkan ayah mereka.satu malam masa amru tidur,mereka msuk bilik ayah mereka dan kotorkan berhala amru..keesokannya amru melihat tuhannya penuh dengan kekotoran.maka dia pun bercakap dengan tuhannya."siapa yg buat mcm ni kat kau?kenapa kau x pertahankan diri kau?"
selepas tu dia bersihkan berhala tu,mewangikannya dan sembah lagi berhala tu..keeseokannya anak2 amru buat perkara yg sama,amru bgun tidur dan dilihat lagi tuhannya kotor..katanya "hai,tuhan,nape kau c pertahankan diri kau?"
namun amru masih membersihkannya,mewangikannya dan menyembahnya.kali ni amru gantung pedang kat leher tuhannya tu.katanya "kalau ada orang dtg nak kotorkan kau lagi,kau bunuh dia"..
malam ketiga,anak2 amru datang lagi.mereka sembelih anjing(masa ni anjing blom diharamkan lagi).mereka gantung anjing di leher berhala dan mengotorkan berhala tu dengan darah anjing.mereka mencampakkn berhala dan anjing ni ke tempat sampah..
esoknya amru bangun dari tidur,mencari2 tuhannya.akhirnya dia jumpa tuhannya tu dekat tempat sampah dengan dipenuhi darah serta anjing yg tergantung di lehernya.
amru berkata, "demi Allah! tidak patut engkau ini disembah."
selepas itu amru masuk islam.begitulah usaha masing2 kepada keluarga mereka sehingga islam tersebar ke seluruh madinah..
p/s: kita pun wajib usaha dakwah kat parents kita family kita yg masih jauh dari agama(kalau ad yg mcm tu la) hari ni mereka keluarga kita,tapi on the day of judgement nanti kita juga akan dipertanggungjawabkan kalau kita xajak or at least usaha nk dakwah mereka kepada lebih dekat kepada tuhan kita..sama2 iA
No comments:
Post a Comment