bismillahirrahmanirrahim..
semoga kita di dalam lindungan Allah sentiasa..hari ni ana berkhalwat ke sebuah bukit dengan niat mencari ilham,muhasabah diri,membaca kalam2 hikmah dari maha Pencipta serta kalam hikmah nabi serta tabiin dengan harapan Allah memberi pemahaman,penghayatan,sterusnya muhasabah diri yg sangat ternoda ini..
ya,dewasa ini fitnah dengan rancaknya menipu diri ini..tertipu dengan perhiasan dunia serta tipu daya syaitan yg xpernah lelah menghasut diri ini utk lebih jauh dari maha Pencipta..Ya,22 tahun hidup ini dibazirkan mcm tu saja,ternyata iman di dalam diri ini sangt lemah,dikurniakan nikmat kecerdasan akal fikiran namun Ilmu Agama masih tidak memenuhi dada ini apakan lagi ingin mengamalkannya..dikurniakan terlalu byk nikmat sehingga lupa diri ini siapa dan hnya mengikut hawa nafsu semata2..even dah sedar dan mengikuti gerabak2 dakwah dan trbiyah(kononnya) pun masih leka dan xsedar2 lagi masih mengikut hawa nafsu masih xfaham hakikat hidup ini..ketahuilah wahai diri Allah dah beri TERLALU BANYAK nikmat yg kau sendiri pon xnak..Allah beri apa yg kau perlu,lebih dari yg kau patut dapat..sungguh kau nak lagi bende lain semata2 mengikut hawa nafsu?
ya,pabila muhasabah diri ini sedalam2nya,sungguh,diri ini masih jauh dari Allah,masih iman tidak kuat..Ya,IMAN ana masih LEMAH!malah sangat lemah!terlalu mengikut hawa nafsu!terlalu cintakan MAKHLUK dan DUNIA..sangat mudah tunduk pada arahan syaitan dan nafsu..hati terlalu kotor sehingga tidak boleh menjaga diri sendiri daripada taat kepada Allah..Ya,inilah masalah diri ini dan ana yakin inilah juga masalah umat dewasa ini...
ya,dalam umur yg sebegini(22 tahun) terlalu banyak perkara dunia perlu dikejar,byk perkara nk pikir,namun betapa hinanya diri ini apabila walaupun sudah berumur 22 tahun ilmu masih cetek,beribadah pun mcm org tua dah lemah badan,saban hari dipenuhi dengan hiburan,menghadap komputer riba di dalam bilik sejuk bersenang lenang melayari internet,sibuk dok hentam orang tu orang ni salah sampai habis sume dosa org tu kita kaut atas kita,di dada penuh ilmu dunia tapi hukum basic agama pun xkuat,sibuk memikirkan haq dri sendri daripada saudara2 yg lain,sibuk memikir makhluk(perempuan) yg xhalal pon lagi untknya instead of mengingati Allah dan Nabi,sedangkan segala2nya datang dariNya?pemalas,dan byk lagi perkara2 sia2 ana buat dalam umur paling 'sedap' ini..Ya,semua ini adalah masalah HATI dan IMAN..
sepatutnya diri ini mencontohi para rasul dan sahabat2 dan tabiin yg pabila umur mereka sudah menjangkau 20an mereka sudah boleh memahami Alquran secara total malah menghafaznya,menggunakan keerdasan akal fikiran utk mengaut sebanyak2 ilmu agama untuk manfaat semua org,menggunakan nikmat kesihatan kekuatan tubuh badan utk berjihad buat tu buat ni utk agama,persiapkan diri sebaik2nya utk menghadapi musuh2 agama yg semakin hebat fitnahnya dewasa ini,menaikkan martabat orang islam di mata dunia,seterusnya menjalankan perintah Allah iaitu menjadi khalifah di bumi ini menegakkan suruhan Allah,membela nasib saudara2 islam diseluruh dunia
serta menolak kemungkaran yg ternyata sangat berleluasa sekarang ini..
Ya,diri ini perlu berubah,perlu lebih muhasabah,perlu lebih berusaha mentarbiyah diri,memperbaiki diri ini agar tidak menyesal dikemudian hari..
bukit bendera,17mac2013,10:35a.m.
No comments:
Post a Comment