Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Monday, May 6, 2013

pesan nabi kepada unais

bismillah..

unais adalah nama manja anas bin malik..dia merupakan anak angkat manja nabi..

nabi pernah berpesan padanya:

"wahai anakku,jika kamu mampu untuk tidak berdendam dengan sesiapa pada waktu pagi dan petang,maka kamu lakukanlah.wahai anakku itu merupakan sunnahku.sesiapa yg menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku.sesiapa yg mencintaiku ssungguhnya dia akan bersamaku di syurga.wahai anakku,jika kamu pulang bertemu keluargamu,berikanlah salam kepada mereka.kerna ia akan membawa keberkatan kepadamu dan keluargamu"

so nabi kata kat unais supaya kalau mampu,jngnlah berdendam dengan sapa2..sesungguhnya itu sunnah nabi n akan bersama nabi di syurga kelak..Allah,ana tahu susah kalau dah ada org guris hati kita,mungkin dengan perkataannya atau perbuatannya yg mengguris hati kita,kalau kita xberdendam terhadap mereka,ketahuilah wahai sahabat syurga bersama nabi adalah ganjarannya..jadi maafkanlah diri ana yg jahil ini yg penuh dengan khilaf ni serta maafkanlah setiap org yg berbuat jahat atau mengguris hati kita..itulah sunnah nabi yg susah kita nk praktikkan tp bukankah syurga lebih itu lebih bermakna?

kemudian nabi juga menyuruh unais,or kita la umat dia ni supaya apabila pulang bertemu keluarga,maka ucapkanlah salam kepada mereka kerana ada berkatnya..so nabi nk cakap kat sini supaya kita sepatutnya berbuat baik terhadap keluarga kita bila kita menjumpai mereka.tegur mereka,penuhi keinginan mereka,kita kan jarang jumpa mereka.masa kita balik tu la kita nk kutip pahala byk2 buat baik kepada mereka..ehem senang cerita belanjalah adik2 kita,bagi hadiah kat mereka.mak kita nak apa,mengidam apa,cepat2 kita penuhkan keinginan dia even ade je abang or adik beradik lain yg sepatutnya yg mengambil tanggungjawab tu..selain itu berboraklah dengan mereka,ambil tahu pasal hidup mereka,tolong mereka mana yg patut..semuanya diniatkan kerana Allah,semoga Allah memberkati keluarga kita di dunia dan di akhirat kelak..(hehe mood nak balik cuti raya nih act :p )

betapa indahnya akhlak nabi,nabi mentarbiyyah unais ni..iA ana akan cerita dengan panjang lebar si sahabat yg namanya ni memang sangt popular dalam geng2 perawi hadis ni pada next post..hehe iA semoga kita ambik ibrah..

sollu alan nabi~

No comments:

Post a Comment

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)