Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Wednesday, May 15, 2013

KALAM AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR AL-HAFIDZ PERIHAL BULAN REJAB



bismillahirrahmanirrahim....


alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-5 dalam bulan rejab..so rejab termasuk antara bulan haram,dan byk manfaat boleh kita mabik dalam bulan rejab sebab bulan depan dah syakban dan diikuti ramadhan..masakan kita nk hebat beribadat dalam syakban dan ramadhan sedangkan kita x "warming up" pada bulan sebelum tu iaitu rejab..iA kita ambik kalam hikmah ulamak kita n ambik ibrah..

Hendaknya setiap muslim itu mengambil manafaat yang berbuah pahala dalam bulan Rejab dengan beberapa hal yang penting:

1 - Memperbanyakkan istighfar dan melaksanakan taubat nasuha, yakni taubat dengan sebenar-benarnya taubat.

2 - Bersungguh-sungguh (istiqomah) dalam melaksanakan ketaatan, meninggalkan larangan (kesalahan) serta kemaksiatan.

3 - Memperhatikan dari segala keadaan, guna untuk memperbaikinya dan mendirikan atas dasar mengikut sunnah Baginda Rasulullah S.A.W.

4 - Memperhatikan segala urusannya yang berkaitan dengan hal wajib serta menghadirkan hati dalam mengerjakannya.

5 - Menjaga agar selalu berada di saf hadapan ketika solat (berjamaah), tanpa meninggalkan takbiratul ihram dan tidak melewatkannya (melambat-lambatkan dengan sengaja).

6 - Membaca Al-Quran, bertadabbur dan mengikuti apa jua yang dilarang serta diperintahkan seperti terkandung di dalam Al-Quran.

7 - Berzikir di waktu pagi serta malam hari, saat setelah solat dan juga dalam setiap keadaan.

8 - Menjaga hubungan dengan keluarga, sahabat, teman, kerabat, dan juga kepada seluruh makhluk Allah S.W.T.

9 - Berpuasa dalam bulan Rejab, utamanya pada hari Isnin, Khamis serta 'Ayyamul Baidh' (13, 14, dan 15 di bulan Rejab).

10 - Memiliki bahagian dari sedekah untuk kaum fuqoro' serta orang-orang miskin dan hendaknya kita berbuat baik kepada mereka.

May Allah guide us all the way to Jannah~

No comments:

Post a Comment

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)