Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Thursday, May 2, 2013

complain seorang muslimah(Khawla binti Taalabah)

bismillahirrahmanirrahim...

harini ana nak cerita kisah seorang perempuan Khawla binti Taalabah(RA) yg mengadu kepada Allah dan pesuruhNya nabi kita tentang suaminya yg menziharkannya..

khawla ni isteri kepada Aws ibnu al samit(RA).ape yg berlaku kt perempuan ni...
dia membesar dan menjadi tua,menghabiskan hidupnya bersama suaminya Aws..satu hari mereka mcm bergaduh,and Aws kata kat dia "Awak mcm mak saya",lebih kurang bermaksud aku dah xbrape nk suka ko lah,,

then Aws keluar,n jumpa kawan2 laki dia,spent time kat luar,n then dia pulang..now dia nk tidur plak dengan isteri dia yg dia dah zihar tadi..tapi isteri dia khawla ni xnak,dia xbagi suami dia sentuh dia..dia marah kat suami dia..dia kata "xboleh,awak dah kata saya mcm mak awak,apa mksud awak ni?saya nak ngadu perkara ni kat rasulullah..setiap hari awak cakap perkara yg menyakitkan hati saya.skarang saya dah tua,saya dah xboleh nk beri awak anak,dulu masa saya muda n saya spent masa muda saya dengan awak,saya membesar dan menjadi tua dengan awak,untill now,saya lahirkan anak2 awak,skarang saya dah tua,dan awak cakap mcm ni,awak dah xsuka saya,,saya nak ngadu kat nabi,n awak xleh sentuh saya sehingga Allah yg decide..perkataan awak terlalu berat bagi saya"

so khawla pergi jumpa nabi n ngadu pasal hal ni.."wahai rasulullah,saya nak mengadu kepada Allah tentang suami saya yg menzihar saya nih.saya pernah jadi muda dan cantik dan saya berkahwin dengan Aws ibnu samit,mcm yg kamu tahu,dia sepupu saya.dan juga suami saya..lepas dah beberapa tahun,saya pun dah ada anak,now saya dah xboleh beranak,n saya pon dah tua,dia cakap dia dah xsuka saya dan perkataan dia menyakitkan hati saya.harini dia kata saya mcm mak dia..kemudian dia nak tidur dengan saya lagi.saya xberi,dan skarang saya nak complain kat Allah"
maka nabi cakap,"wahai khawla,dia suami kamu,xperlu kamu mcm ni dengan dia,maafkanlah dia"
maka khawla puas hati sebab ayat tu kluar dari mulut nabi,tapi dia still tunggu..sebab dia complain kat Allah,dia tunggu wahyu turun dari Allah..

betul2 time khawla nak bangun nak pergi,Aisyah(RA) kata dia mendengar nabi bersabda dengan kuat surah mujadilah ayat 1

" Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."(al mujadilah:1)

maka khawla terus patah balik,dan subhanallah dia menangis..aduannya telah Allah dengar dan Allah jawab melalui nabi..

nabi menyambung ayat yg diturunkan kepadanya:

"Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."(Al-mujadilah:2)

para2 suami sepatutnya menjaga perkataan mereka kepada isteri mereka..lagi2 bila isteri dia dah meningkat tua,mereka semakin rasa sensitive,rasa insecure,n mcm2 la jadi kat perempuan ni lagi2 bila mereka dah menopous atau xboleh melahirkan anak dah..Allah memang reject jenis perkataan yg mcm ni even suami kata mcm tu kat isterinya..Allah menjawab aduan Khawla nih..semoga Allah selamatkan ana dan ikhwah2 sume daripada berkata2 mcm ni terhadap isteri2 kita,iA..
kemudian Allah juga menjawab aduan khawla ni yg mengatakan bahwa dia xboleh beri suami dia sentuh dia melainkan dengan membayar denda iaitu memerdekakan hamba kerana mengeluarkan perkataan yg mcm tu kat isterinya..

"Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan."(al mujadilah:3)


so nabi kata kat khawla "wahai khawla,suami kamu kena merdekakan seorang hamba sebelum dia dapat sentuh kamu balik".then khawla replied "wahai nabi,kamu pun tahu Aws tu xde apa2,macamana dia nak merdekakan hamba"


kemudian turun ayat berikutnya:


"Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur....."(Al-mujadilah:4)


maka khawla pun menjawab "ya rasulullah,dia dah tua,nak puasa 1 hari pun dia x mampu,lagila dia nak puasa 60 hari?"


".....Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."(Al-mujadilah:4)


maka khawla cakap "ya rasulullah,dia tiada apa2,dia xboleh nak bagi makan seorang pun org miskin"..
maka nabi pon cakap,"aku ada ni sejumlah makanan,ambillah makanan ni cukup utk jamu 30 orang,ambillah utk suamimu membayar dendanya itu"..kemudian khawla pun berkata "saya juga ada sesuatu dan saya akan make sure untuk beri lagi 30 orang miskin makan,maka cukuplah 60 orang miskin utk diberi makan,dan kemudian saya akan membenarkan dia kembali tidur dengan saya"
subhanallah!


so nabi dengan khawla sendiri yg solve problem tu..kemudian ade riwayat yg mengatakan xlama lepas tu Aws ibn samit tu merupakan lelaki TERBAIK untuk isterinya,dia sentiasa make sure perkataan yg dikatanya bersih dan suci dan baik2 sahaja kepada isterinya..MasyaAllah,semoga ana dan antum semua diberi kekuatan untuk jadi mcm sahabat ni.aminn~


so ana nk cerita kat sini betapa pentingnya kita sebagai ikhwan menjaga tutur kita kepada perempuan2 kita..Allah xsuka even kepada suami pon kalau mengizharkan isteri dia tetap kena bayar fidyah/denda..Ya Allah berilah kekuatan kepada kami utk menjaga tutur kata kami..dari kecik dah terbiasa cakap mengarut,ni dah besar memang susah nk betulkan balik..semoga anak2 kita xmcm tu,sebab tu pentingnya tarbiyah diri sendiri dulu,sebab nanti nak kena ajar isteri,anak sume..nak kena didik mereka..kalau sendiri dah mulut xreti jaga,mcamana anak kita nanti..may Allah guide n protect us~~


so satu masa tu time era khalifah umar al khattab,masa ni army omar sangat besar,islam tengah berkembang pesat time nih,.
otw army ni nak g perang,then tiba2 umar suruh seluruh army dia stop jalan,sebab umar tersermpak seorang prempuan tua ni,n pmpuan tua tu melambai kat umar..umar trun dari kuda dia,then sapa perampuan tua tu,tunduk hormat kepadanya,solve her problem,n biarkan perempuan tua tu sambung perjalanannya.perempuan tua itu berpuas hati..kemudia umar pulang ke kudanya,dan temannya bertanya kepada dia.."ya umar,kau sanggup berhentikan seluruh army ni semata2 kerana seorang perempuan tua?"
maka umar menjawab "ketahuilah korang sume yg perempuan tua itu adalah Khawla binti Taalabah.dialah perempuan yg Allah dengar aduannya,maka korang nk suruh aku xpayah dengar kata orang yg Allah dengar katanya?!dialah perempuan yg berjumpa nabi dan mengadu kepada Allah,belum sempat dia pergi,Jibril datang dan mengkhabarkan bahwa Allah mendengar segala perbualan antara dia dan rasulullah dan Allah menjawab aduannya.aku berjanji,dia boleh berhentikan aku berapa kali pon dia nak,ak akan mendengarnya,kerana dia lebih mulia dari orang lain"..
Allahuakbar!semoga Allah kurniakan kita kefahaman,ini adalah ayat2 al-Quran,kehebatan Al-Quran.semoga Allah betul2 kurniakan kita perubahan dalam hidup kita semata2 kerana Allah..


wallahualam,semoga Allah redha~

No comments:

Post a Comment

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)