alhamdulillah hari ni merupakan 27 rejab,lagi beberapa hari nak masuk syakban dan lebih kurang sbulan lagi nak masuk ramadhan..semoga Allah beri kita kekuatan utk mempertingkat amal di bulan2 penuh berkah ni..so 27 rejab juga merupakan peristiwa bersejarah sirah nabi kita Muhammad SAW iaitu peristiwa israk dan mikraj..jom recall balik peristiwa ni..
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, Maha Melihat "(Al-israk:1)
maka dengan peristiwa ini tahulah kita Allah muliakan bumi Al-Quds,iaitu Palestine..Gaza yg kita dok biar mcm tu ja sambil makan sushi king tiap2 bulan lupa nak infak bantu saudara2 kita yg tengah pikul tanggungjawab mempertahankan bumi yang Allah muliakan.. so berbalik kepada kisah,malm tu jibril datang kepada nabi yg sedang tidur di kaabah,mcm yg kita taw,jibril bawak nabi naik buraq(kenderaan dari syurga) nak g masjidil aqsa di palestin.
di masjidil aqsa,berlaku persidangan yg sangat luar biasa.Allah menghidupkan para rasul dan para nabi utk bertemu nabi Muhammad di sana.xde tempat kat dunia ni dimana semua nabi dan rasul bertemu bersidang skali melainkan di kaabah dan baitul maqdis..nabi berkata "semua nabi dan rasul menunaikan haji di mekah".masa tu nabi mengimamkan sembahyang para rasul dan nabi..mcmana nak bayang tu kan..
so lepas sembahyang,jibril dtg bawa 1 bekas susu and 1 bekas arak kpd nabi,n nabi memilih susu.jibril berkata "kamu terpimpin kerana memilih susu,muhammad.begitu juga umat kamu".
selepas dari itu baru ianya diharamkan.Allah menjaga rasulnya.nabi xpernah minum arak sejak kecil lagi..
then nabi dimikrajkan or diangkat ke langit.inilah kuasa Allah.nabi boleh pergi ke 1 tempat yg sangat jauh hanya dengan 1 malam.Allah nak ajar kita yg kalau Allah mahu,Allah boleh buat perkara yg diluar jangkauan manusia.so bila dibuka pintu langit pertama nabi melihat byk perkara ajaib.antranya seorang lelaki yg tingginya 60 kaki,apabila laki ni pandang kanan dia tersenyum and bila dia pandang kiri dia menangis.nabi bertanya "siapa ini?".jawab jibril "itulah adam,apabila dia lihat kanan dia lihat umatnya yg masuk syurga maka tersnyum dia and bila dia lihat kiri dia melihat umatnya masuk neraka,maka menangislah dia".then nabi melihat ad org yg berenang dalam lautan darah,bila mereka sampai tepi mereka nganga mulut mereka dan malaikat membaling api2 neraka dalam mulut mereka.nabi bertanya "siapa mereka ini?".maka jibril menjawab "inilah orang2 yg memakan harta anak2 yatim.mereka disiksa di sini dulu b4 diseksa di akhrat lepas kiamat nnt.
nabi kemudian melihat org2 laki yg perut mereka besar.mereka sume baring terlentang kemudian kaum2 firaun datang memijak perut2 mereka tu.kaum2 firaun ni sehari 2 kali dibawa melihat neraka yg bakal diorang nak duduk nnt.maka nabi bertanya, "siapakah mereka?".jibril menjawab "merekalah orang2 yang mmemakan harta riba.diazab di alam barzakh begitu sebelum diazab di neraka".then nabi melalui sekumpulan lelaki yg mempunyai 2 jenis makanan.yg lazat dan bersih,dan 1 lagi yg buruk dan busuk.tapi mereka mkn yg buruk dan busuk tu..maka nabi bertanya "siapa mereka wahai jibril?".maka jibril menjawab "mereka inilah org2 yg berzina.mereka ada yang halal tapi mereka tetap mencari yg haram walaupun mereka tahu akan akibatnya mcm2 penyakit yg akan melanda di dunia dan azab diakhirat".
kemudia di langit kedua nabi bertemu isa dan yahya,di langit ketiga nabi bertemu nabi yusuf.di langit ke5 nabi bertemu harun,di langit ke6 nabi bertemu nabi musa.kemudia di langit ke7 nabi melihat baitul makmur,kaabah bagi penduduk langitmtempat malaikat tawaf dan beribadah.kedudukan baitul makmur ni betul2 tepat dengan kedudukan kaabah di bumi.di situ nabi melihat seorang llelaki yg sedang bersandar di baitul makmur tu.muka dia seakan2 sama dengan nabi. maka nabi bertanya "siapakah ini?".maka jibril menjawab "itulah bapa kamu,ibrahim".
so pada setiap langit,nabi disambut oleh para nabi dan malaikat,tp bila sampai langit ke 7(penghujung langit) nabi melihat jibril kembali kepada bentuk asalnya.mcm yg nabi pernah 1st time lihat masa kat gua hirak.ini kali ke2 nabi lihat rupa jibril sebenar iaitu dekat sidratul muntaha.
"Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha."(an-najm:13-14)
akhirnya nabi sampai kat tempat xpernah sesapa pon sampai,then nabi smpai ke tempat dimana xpernah sesiapa yg pernah sampai ke situ melainkan jibril,kemudian smpai 1 tempat tu jibril suruh nabi ke depan.jibril berkata "kalau ak selangkah kedepan aku akan terbakar".so nabi sampai di sidratul muntaha,di tempat yg sgt luar biasa ni,pertemuan yg sgt luar biasa ni Allah memerintahkan solat kepada nabi dan umatnya,iaitu kita..semua undang2 islam Allah perintahkan melalui jibril,tapi perintah solat ni diterima sendri oleh nabi terus dari Allah.ni nak cakap betapa beratnya SOLAT ni dalam hidup kita..SOLAT merupakan tiang agama kita ni..kalau buat amal lain tapi xsolat sia2 je,baik solat kita,baiklah amalan kita yg lain..leka solat kita,lalai soalt kita,celakalah kita..Allahu alam..
lepas pertemuan tu,nabi turun dan bertemu musa.bila musa dapat taw Allah perintahkan 50 fardu solat,musa berkata "suku israel diperintahkan kurang daripada tu and diorng xmampu laksanakan.mintalah kurang wahai muhammad".so kerana belas kasihan dan sayang nabi kat umatnya maka nabi minx kurang smpailah jadi 5 waktu solat fardhu yg kita solat setiap hari ni..even perlaksanaan dia 5 kali je,Allah tetap memberi ganjaran dia 50 waktu solat..
then nabi pulang ke baitul maqdis,from baitul maqdis nabi pulang ke mekah.so otw balik tu nabi experienced pelbagai pemandangan.antaranya nabi melalui sekumppulan unta.bila unta nampak buraq,unta jadi takut dan ada yang lari.tuannya mengejar unta tu tapi x berjaya.nabi memberitahu tuannya itu dimana unta mereka bersembunyi.mereka sume pelik mendengar suara dari langit memberitahu mereka kat mana unta mereka bersembunyi..
pada malam tu jugak la nabi pulang ke mekah.perjalanan yg begitu jauh,siap diangkat ke langit sehingga ke sidratul muntaha,berlaku hanya dalam sparuh malam sahaja....sebelum pagi,nabi solat subuh,lepas solat subuh,nabi masih terkesan dengan peristiwa malam tu sambil duduk mengingat kembali apa yg berlaku padanya..maka abu jahal perasan bende tu dan bertanya kenapa..
maka nabi berkata "malam tadi aku pergi ke baitul maqdis dan ak pulang ke sini"..
maka abu jahal gembira dengar bende ni.kira ada point la dia nak burukkan nabi lepas tu..iA ana sambung next post kisah reaksi penduduk mekah terhadap peristiwa ni..iA semoga kita boleh ambik ibrah kat peristiwa ni,mana2 pengalaman nabi melihat kaum2 yg memakan harta anak yatim,berzina,makan riba sume..sume tu zaman ni tengah giat berlaku dalam kalangan kita,sahabat2 kita,kaum keluarga kita..nauzubillah kita cermin diri kita betulkan diri kita dulu semoga Allah beri kita hidayah...takut bila tengok keadaan mereka.tu belum masuk neraka lagi tuh,dah mcm tu..benarlah kata ustaz2 bila kita selalu cerita perkara ghaib boleh menambahkan ketaqwaan kita,rasa lebih takut dengan Allah...
sollu alan nabi~~
No comments:
Post a Comment