bismillahirrahmanirrahim....
alhamdulillah kali ni ana nak sambung kisah sahabat abd rahman bin auf...
so abd rahman bin auf ni infakkan harta dia masa perang tabuk sehingga hampir dia xtinggalkan pape kat keluarga tanggungan dia..masyaAllah,so Allah angkat darjat dia ni..dalam perang tabuk tu,masa tu nak solat..nabi xde masa tu,and abd rahman bin auf ni la yg jadi imam,so tengah2 solat tu nabi masuk solat jemaah tu and nabi jadi makmum dalam solat tu..so abd rahman bin auf la the only sahabat yg pernah menjadi imam n naboi jadi makmum dia.Allah angkat darjat dia setinggi tu masyaAllah...
so masa nabi dah wafat,abd rahman bin auf lah orang yg menjaga kebajikan isteri2 nabi..bila isteri2 nabi nak g menunaikan haji,abd rahman bin auf la yg teman,yg menjaga kebajikan2 mereka..suatu hari,ada org berjumpa aisyah RA dan memberi aisyah harta(khusus),lalu aisyah bertanya dan tahulah aisyah bahawa harta itu dari abd rahman bin auf..aisyah berkata dia mendengar nabi bersabda "tiada orang yg berbelas kasihan terhadap kamu setelah kematianku melainkan orang2 yg bersabar"
so ana nak cerita yg doa nabi kat abd rahman bin auf ni memang makbul lah.masyaAllah berkat sungguh harta yg diperolehinya..perniagaannya berkembang,rombongan dagangnya kerje ulang alik je bawak keprluan untuk penduduk madinah..pernah 1 hari tu,rombongan niaga tiba di madinah,rombongan tu seramai 700 ekor unta.bergegar bumi madinah disebabkan kedatnagn rombongan tu..so Aisyah bertanya rombongan siapa tu,dan aisyah mendapat tahu itulah rombongan niaga milik abd rahman bin auf..maka aisyah berkata "semoga Allah memberkati rezeki yg dikurniakan kepadanya dan sesungguhnya pahala akhirat itu lebih besar",..belum pon sempat rombongan unta2 tu nak duduk,maka ape yg aisyah katakan ni sampai ke pengetahuan abd rahman bin auf..maka abd rahman bin auf pon bergegas bawa sume rombongan unta2 tadi tu yg xdan nak duduk tu g jumpa aisyah dan berkata "wahai ibu,saya bersaksikan kamu bahawa rombongan ini kesemuanya(termasuk bebannya,bahkan pelana dan lapiknya)saya infakkan ke jalan Allah"..Allahuakbar
so abd rahman bin auf ni memang kaya sangat,dialah sahabat yg paling berada,paling kaya..dia belanjakan harta dia secara terang2an dan sembunyi2,40 ribu dirham perak,40 ribu dirham emas,200 uqiyyah emas dia sedekah pada org miskin,untuk para mujahidin pula,dia infakkan sebanyak 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta.selain itu dia juga mewasiatkan sebanyak 400 dinar emas khas utk sahabt2 yg join perang badar(yg masa tu hanya 100 orang gurai je),dan utk isteri2 nabi juga harta wasiat yg banyak diperuntukkan..Aisyah mendoakan abd rahman bin auf dapat minum air as-salsabil(air mata syurga)..
lepas sume2 harta tu dia dah infakkan,belanjakan,still tinggal banyak harta dia kat waris dia..dikatakan yg dia tinggalkan emas dan perak yg sgt byk utk waris dia,n masa waris dia nak bahagikan emas dan perak tu,mereka membelah emas dan perak tu dengan kapak,sampai lenguh,berbekas,melecet tengan mereka mengerat emas2 tu,nak kata byknya emas tu..nk kata betapa byk harta dia nih..nilah berkat doa nabi agar diberkati harta2 nya itu..
namun,dengan kesemua harta kemewahan ni sedikit pun tak menjadi FITNAH bagi dia..abd rahman bin auf ni,despite kekayaan dia,bila dia berjalan dengan hamba2 dia,orang xleh nak beza mana dia mana hamba..haa nak tunjuk yg harta dia ni sikit pon xefect dia,bukan mcm kita hari ni,ad duit lebih sket nak tunjuk mewah2..pdahal xde duit sgt pon..ade lagi teruk,sanggup berhutang meminjam semata2 nak bli brg lawa2 nak bermegah2..adoiii :((
satu hari tu abd rahman ni puasa,so time nak bukak pose dia dihidangkan makanan..dia berkata "musab bin umair telah terbunuh,bahkan dia lebih baik dariku,dia terbunuh dan masa dia dibunuh hanya ada sehelai kain kafan je utk beliau.bila kepala ditutup maka ternampklah kakinya..kemudian Allah telah membentangkan kami dunia,aku bimbang pahala kita Allah dah segerakan dengan nikmat di dunia ni"..abd rahman menangis tersedu2,sehingga hilang selra makannya...
ya rabbi,mcm ni skali sahabat ni,xterkesan dia dengan harta2 dia,malah harta2 dia tu buat dia lebih muhasabah diri dia..
maka kebaikan dan kebahagiaanlah untuk abd rahman bin auf..nabi beri berita gembira kepadanya bahawa dia adalah ahli syurga..semasa kematiaannya,saad bin abi waqqash yg usung jenazahnya,our zunurain uthman bin affan yg imamkan jenazahnya dan juga turut diiringi oleh ali bin abi talib..Ali bin abi talib juga berkata "pergilah,sesungguhnya kamu telah dapat kebaikan hidup dan mengatasi keperluannya.semoga Allah merahmati kamu"
semoga kita sume yg kaya raya ni terkesan dengan kisah ni,ambik ibrah lihatlah sahabat rasulullah yg kaya sorang ni dia xterkesan langsung pon dengan harta yg dimilikinya..demikianlah kisah sahabat abd rahman bin auf..may Allah elevate the likes of abd rahman bin auf,may Allah give me the kudrat to make sadaqah,and to infaq more for the sake of Allah and make me yearn more for akhirat...
may Allah grant us barakah in our money we spent in everything we get n everything we spent..
we all belong to Allah and to Him we return..
wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~
No comments:
Post a Comment