Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Monday, June 10, 2013

hadis2 berkaitan bulan syaaban



bismillahirrahmanirrahim...

jom layan sket pasal bulan syaaban,ambik taw sket,sebab nak buat amal biarlah ikut hadis dan dalil2 yg sahih supaya kita buat amal pon betul dan lebih bersemangat,iA..



apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai)



Aisyah r.aha juga menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


lain2 hadis termasuklah

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)..(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)

so,galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya.cumanya, penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.so kat sini kne chuui(aware) sket la..(sebab banyak hadis tentang solat malam nisfu syakban(15 syaaban) adalah hadis palsu dan bidah)




antara hadis2 PALSU mengenai bulan syaaban termasuklah:

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).


Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).


tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut(nisfu syaaban). Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).

so tahulah kita byk amalan yg kita boleh buat dalam bulan syaaban nih..antaranya puasa sebanyak mungkin(hehe),memohon doa dan keampunan di samping tidak berbalah dan melakukan syirik pada malam nisfu syaaban,and bolehlah kita pertingkatkan amalan2 sunat kita,quran kita,prepare fizikal,rohani,emosi,kewangan kita utk memasuki bulan ramadhan...kate orang kne la warming up dlu,baru sedap pergi..

semoga Allah beri kekuatan kepada kita sume untuk melakukan ketaatan..Allahumma bariklana fi syaaban wabaligna ramadhan...

No comments:

Post a Comment

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)