bismillahirrahmanirrahim...
asif jiddan mngu lepas ana sibuk dgt dengan urusan dunia ana..study,kerja ect ect..alhamdulillah dah 10 hari syaaban menjelma,so dengan baki lagi 19 hari ni diharap kita dapat gunakan sebaik2nya utk persediaan ramadhan..nabi kata ramai org lalai dalam bulan ni dan nabi paling bnyak berpuasa dalam bulan ni..so,taw2 la ek pndai2 la kita nak buat mcmana..
jom layan kisah sahabat yg bernama said bin amir al-jumaihiy.
semasa pembunuhan khubaib bin adiy,said bin amir ni merupakan antara orang2 awam yg menyaksikan hukuman tu,masa ni ramai org2 islam yg berpaling dari kafir musyirik dihukum dengan kejam disebabkan orang2 kafir musyrikin ni simpan dendam kesumat kat nabi kita disebabkan kekalahan mereka dalam perang badar..
so said dpt g duk depan la sebaris dengan pembesar2 quraish ni utk tengok hukuman tu.khubaib yg nak dihukum tu tenang je.b4 kne hukum khubaib minx masa utk dia solat sunat 2 rakaat..khubaib mengadap kiblat lalu solat sunat 2 rakaat.selepas itu khubaib kata "demi Allah!jika tidak kerana kamu beranggapan bahawa saya takut mati,nescaya saya akan memanjangkan sembahyang saya"..Allah,hari ini ana,antum sume solat sunat rawatib pon malas,lagi la nak memanjangkan dan mempperbanyakkan solat sunat kita :((
then said melihat dengan mata kepalanya mereka memotong anggota badan khubaib yg masih hidup.mereka mengerat 1 demi 1 tubuh badan khubaib smbil berkata "adakah kamu suka jika muhammad menggantikan tempatmu dan kamu selamat?".maka khubaib menjawab dengan darah berlumuran di badannya "Demi Allah!saya xrela kalau sy duduk bersenang lenang dengan anak isteri ,sedang Muhammad dicucuk duri".maka orang ramai bersorak menyuruh bunuh khubaib itu..mereka menjerit "bunuh dia!bunuh dia!"
said melihat khubaib mendongak ke langit dan berkata "wahai Allah hitunglah bilangan mereka,hancur leburkanlah mereka dan jangan kamu biarkan mereka walaupun seorang".kemudia khubai menghembuskan nafasnya yang terakhir.x terkira bilangan tetakan ygt terkena pada badannya gara2 kafir musyrikin itu..
selepas peristiwa itu kafir musyirik sudah melupai perkara itu namun khubaib terus terbayang2 tentang khubaib.ketika tidur dia termimpi khubaib,ketika jaga dia terbayang khubaib.dok teringat ja macamana khubaib solat 2 rakaat di kayu penghujung nyawanya,terngiang2 doa khubaib yg mendoakan kehancuran quraish.jiwanya gementar,bimbang akan ad petir yg akan menyambarnya dari langit dan batu dari langit akan menghempapnya.
khubaib mengajar said 1 hakikat yg xpernah diketahuinya sebelum ni.khubaib mengajar kehidupan yg sebenar adalah AKIDAH dan BERJIHAD di jalanNya hingga ke titisan darah terakhir..khubaib juga mengajar,iman yg teguh mampu menghasilkan keajaiban dan mencipta kemukjizatan..selain itu said juga belajar bahwa lelaki yg dicintai sepenuh hati oleh sahabat2nya adalah seorang nabi yg mendapat dukungan langit.ketika itulah hati said terbuka utk menerima Islam.dia berdiri di khalayak ramai dan mengumukan bahawa dia x terlibat dengan segala jenayah dan kekejaman yang dilakukan quraish.dia meninggalkan berhala dan sembahan quraish dan memeluk agama Allah..
iA ana akan sambung kisah said bin amir aljumaihy next post..
may Allah guide us all~
Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."
Thursday, June 20, 2013
Monday, June 10, 2013
hadis2 berkaitan bulan syaaban
bismillahirrahmanirrahim...
jom layan sket pasal bulan syaaban,ambik taw sket,sebab nak buat amal biarlah ikut hadis dan dalil2 yg sahih supaya kita buat amal pon betul dan lebih bersemangat,iA..
apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai)
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
lain2 hadis termasuklah
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)..(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)
so,galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya.cumanya, penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.so kat sini kne chuui(aware) sket la..(sebab banyak hadis tentang solat malam nisfu syakban(15 syaaban) adalah hadis palsu dan bidah)
antara hadis2 PALSU mengenai bulan syaaban termasuklah:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut(nisfu syaaban). Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
so tahulah kita byk amalan yg kita boleh buat dalam bulan syaaban nih..antaranya puasa sebanyak mungkin(hehe),memohon doa dan keampunan di samping tidak berbalah dan melakukan syirik pada malam nisfu syaaban,and bolehlah kita pertingkatkan amalan2 sunat kita,quran kita,prepare fizikal,rohani,emosi,kewangan kita utk memasuki bulan ramadhan...kate orang kne la warming up dlu,baru sedap pergi..
semoga Allah beri kekuatan kepada kita sume untuk melakukan ketaatan..Allahumma bariklana fi syaaban wabaligna ramadhan...
Sunday, June 9, 2013
pesanan Umar kepada Saad
bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah start hari ni tamatlah rejab dan tirai syakban mula dibuka..ada hadis kata dalam banyak2 bulan,yg paling nabi bnyak puasa adalah dalam bulan syakban..so jom usaha puasa sebanyak mungkin b4 kita btol2 masuk ramadhan..banyak perkara dunia yg berlaku dalam hidup kita namun letakkanlah Allah yg teratas nescaya bahagia diri kita iA..
so ana nak point out jer apa yg khalifah Saidina Umar kata kat Saad bin abi waqash ketika beliau mengutuskannya utk pembukaan kota Parsi..jom layan..
"Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.
Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.
Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.
Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata “Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan”. Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).
Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami….”
so apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya.
ganbarou minna,good luck kepada antum sume semoga akhlak kita sebaik akhlak para sahabat..
may Allah guide us all
Thursday, June 6, 2013
kisah israk mikraj
bismillahirrahmanirrahim....
alhamdulillah hari ni merupakan 27 rejab,lagi beberapa hari nak masuk syakban dan lebih kurang sbulan lagi nak masuk ramadhan..semoga Allah beri kita kekuatan utk mempertingkat amal di bulan2 penuh berkah ni..so 27 rejab juga merupakan peristiwa bersejarah sirah nabi kita Muhammad SAW iaitu peristiwa israk dan mikraj..jom recall balik peristiwa ni..
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, Maha Melihat "(Al-israk:1)
"Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha."(an-najm:13-14)

maka dengan peristiwa ini tahulah kita Allah muliakan bumi Al-Quds,iaitu Palestine..Gaza yg kita dok biar mcm tu ja sambil makan sushi king tiap2 bulan lupa nak infak bantu saudara2 kita yg tengah pikul tanggungjawab mempertahankan bumi yang Allah muliakan.. so berbalik kepada kisah,malm tu jibril datang kepada nabi yg sedang tidur di kaabah,mcm yg kita taw,jibril bawak nabi naik buraq(kenderaan dari syurga) nak g masjidil aqsa di palestin.
di masjidil aqsa,berlaku persidangan yg sangat luar biasa.Allah menghidupkan para rasul dan para nabi utk bertemu nabi Muhammad di sana.xde tempat kat dunia ni dimana semua nabi dan rasul bertemu bersidang skali melainkan di kaabah dan baitul maqdis..nabi berkata "semua nabi dan rasul menunaikan haji di mekah".masa tu nabi mengimamkan sembahyang para rasul dan nabi..mcmana nak bayang tu kan..
so lepas sembahyang,jibril dtg bawa 1 bekas susu and 1 bekas arak kpd nabi,n nabi memilih susu.jibril berkata "kamu terpimpin kerana memilih susu,muhammad.begitu juga umat kamu".
selepas dari itu baru ianya diharamkan.Allah menjaga rasulnya.nabi xpernah minum arak sejak kecil lagi..
then nabi dimikrajkan or diangkat ke langit.inilah kuasa Allah.nabi boleh pergi ke 1 tempat yg sangat jauh hanya dengan 1 malam.Allah nak ajar kita yg kalau Allah mahu,Allah boleh buat perkara yg diluar jangkauan manusia.so bila dibuka pintu langit pertama nabi melihat byk perkara ajaib.antranya seorang lelaki yg tingginya 60 kaki,apabila laki ni pandang kanan dia tersenyum and bila dia pandang kiri dia menangis.nabi bertanya "siapa ini?".jawab jibril "itulah adam,apabila dia lihat kanan dia lihat umatnya yg masuk syurga maka tersnyum dia and bila dia lihat kiri dia melihat umatnya masuk neraka,maka menangislah dia".then nabi melihat ad org yg berenang dalam lautan darah,bila mereka sampai tepi mereka nganga mulut mereka dan malaikat membaling api2 neraka dalam mulut mereka.nabi bertanya "siapa mereka ini?".maka jibril menjawab "inilah orang2 yg memakan harta anak2 yatim.mereka disiksa di sini dulu b4 diseksa di akhrat lepas kiamat nnt.
nabi kemudian melihat org2 laki yg perut mereka besar.mereka sume baring terlentang kemudian kaum2 firaun datang memijak perut2 mereka tu.kaum2 firaun ni sehari 2 kali dibawa melihat neraka yg bakal diorang nak duduk nnt.maka nabi bertanya, "siapakah mereka?".jibril menjawab "merekalah orang2 yang mmemakan harta riba.diazab di alam barzakh begitu sebelum diazab di neraka".then nabi melalui sekumpulan lelaki yg mempunyai 2 jenis makanan.yg lazat dan bersih,dan 1 lagi yg buruk dan busuk.tapi mereka mkn yg buruk dan busuk tu..maka nabi bertanya "siapa mereka wahai jibril?".maka jibril menjawab "mereka inilah org2 yg berzina.mereka ada yang halal tapi mereka tetap mencari yg haram walaupun mereka tahu akan akibatnya mcm2 penyakit yg akan melanda di dunia dan azab diakhirat".
kemudia di langit kedua nabi bertemu isa dan yahya,di langit ketiga nabi bertemu nabi yusuf.di langit ke5 nabi bertemu harun,di langit ke6 nabi bertemu nabi musa.kemudia di langit ke7 nabi melihat baitul makmur,kaabah bagi penduduk langitmtempat malaikat tawaf dan beribadah.kedudukan baitul makmur ni betul2 tepat dengan kedudukan kaabah di bumi.di situ nabi melihat seorang llelaki yg sedang bersandar di baitul makmur tu.muka dia seakan2 sama dengan nabi. maka nabi bertanya "siapakah ini?".maka jibril menjawab "itulah bapa kamu,ibrahim".
so pada setiap langit,nabi disambut oleh para nabi dan malaikat,tp bila sampai langit ke 7(penghujung langit) nabi melihat jibril kembali kepada bentuk asalnya.mcm yg nabi pernah 1st time lihat masa kat gua hirak.ini kali ke2 nabi lihat rupa jibril sebenar iaitu dekat sidratul muntaha.
"Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha."(an-najm:13-14)
akhirnya nabi sampai kat tempat xpernah sesapa pon sampai,then nabi smpai ke tempat dimana xpernah sesiapa yg pernah sampai ke situ melainkan jibril,kemudian smpai 1 tempat tu jibril suruh nabi ke depan.jibril berkata "kalau ak selangkah kedepan aku akan terbakar".so nabi sampai di sidratul muntaha,di tempat yg sgt luar biasa ni,pertemuan yg sgt luar biasa ni Allah memerintahkan solat kepada nabi dan umatnya,iaitu kita..semua undang2 islam Allah perintahkan melalui jibril,tapi perintah solat ni diterima sendri oleh nabi terus dari Allah.ni nak cakap betapa beratnya SOLAT ni dalam hidup kita..SOLAT merupakan tiang agama kita ni..kalau buat amal lain tapi xsolat sia2 je,baik solat kita,baiklah amalan kita yg lain..leka solat kita,lalai soalt kita,celakalah kita..Allahu alam..
lepas pertemuan tu,nabi turun dan bertemu musa.bila musa dapat taw Allah perintahkan 50 fardu solat,musa berkata "suku israel diperintahkan kurang daripada tu and diorng xmampu laksanakan.mintalah kurang wahai muhammad".so kerana belas kasihan dan sayang nabi kat umatnya maka nabi minx kurang smpailah jadi 5 waktu solat fardhu yg kita solat setiap hari ni..even perlaksanaan dia 5 kali je,Allah tetap memberi ganjaran dia 50 waktu solat..
then nabi pulang ke baitul maqdis,from baitul maqdis nabi pulang ke mekah.so otw balik tu nabi experienced pelbagai pemandangan.antaranya nabi melalui sekumppulan unta.bila unta nampak buraq,unta jadi takut dan ada yang lari.tuannya mengejar unta tu tapi x berjaya.nabi memberitahu tuannya itu dimana unta mereka bersembunyi.mereka sume pelik mendengar suara dari langit memberitahu mereka kat mana unta mereka bersembunyi..
pada malam tu jugak la nabi pulang ke mekah.perjalanan yg begitu jauh,siap diangkat ke langit sehingga ke sidratul muntaha,berlaku hanya dalam sparuh malam sahaja....sebelum pagi,nabi solat subuh,lepas solat subuh,nabi masih terkesan dengan peristiwa malam tu sambil duduk mengingat kembali apa yg berlaku padanya..maka abu jahal perasan bende tu dan bertanya kenapa..
maka nabi berkata "malam tadi aku pergi ke baitul maqdis dan ak pulang ke sini"..
maka abu jahal gembira dengar bende ni.kira ada point la dia nak burukkan nabi lepas tu..iA ana sambung next post kisah reaksi penduduk mekah terhadap peristiwa ni..iA semoga kita boleh ambik ibrah kat peristiwa ni,mana2 pengalaman nabi melihat kaum2 yg memakan harta anak yatim,berzina,makan riba sume..sume tu zaman ni tengah giat berlaku dalam kalangan kita,sahabat2 kita,kaum keluarga kita..nauzubillah kita cermin diri kita betulkan diri kita dulu semoga Allah beri kita hidayah...takut bila tengok keadaan mereka.tu belum masuk neraka lagi tuh,dah mcm tu..benarlah kata ustaz2 bila kita selalu cerita perkara ghaib boleh menambahkan ketaqwaan kita,rasa lebih takut dengan Allah...
sollu alan nabi~~
Monday, June 3, 2013
abd rahman bin auf(PART 2)
bismillahirrahmanirrahim....
alhamdulillah kali ni ana nak sambung kisah sahabat abd rahman bin auf...
so abd rahman bin auf ni infakkan harta dia masa perang tabuk sehingga hampir dia xtinggalkan pape kat keluarga tanggungan dia..masyaAllah,so Allah angkat darjat dia ni..dalam perang tabuk tu,masa tu nak solat..nabi xde masa tu,and abd rahman bin auf ni la yg jadi imam,so tengah2 solat tu nabi masuk solat jemaah tu and nabi jadi makmum dalam solat tu..so abd rahman bin auf la the only sahabat yg pernah menjadi imam n naboi jadi makmum dia.Allah angkat darjat dia setinggi tu masyaAllah...
so masa nabi dah wafat,abd rahman bin auf lah orang yg menjaga kebajikan isteri2 nabi..bila isteri2 nabi nak g menunaikan haji,abd rahman bin auf la yg teman,yg menjaga kebajikan2 mereka..suatu hari,ada org berjumpa aisyah RA dan memberi aisyah harta(khusus),lalu aisyah bertanya dan tahulah aisyah bahawa harta itu dari abd rahman bin auf..aisyah berkata dia mendengar nabi bersabda "tiada orang yg berbelas kasihan terhadap kamu setelah kematianku melainkan orang2 yg bersabar"
so ana nak cerita yg doa nabi kat abd rahman bin auf ni memang makbul lah.masyaAllah berkat sungguh harta yg diperolehinya..perniagaannya berkembang,rombongan dagangnya kerje ulang alik je bawak keprluan untuk penduduk madinah..pernah 1 hari tu,rombongan niaga tiba di madinah,rombongan tu seramai 700 ekor unta.bergegar bumi madinah disebabkan kedatnagn rombongan tu..so Aisyah bertanya rombongan siapa tu,dan aisyah mendapat tahu itulah rombongan niaga milik abd rahman bin auf..maka aisyah berkata "semoga Allah memberkati rezeki yg dikurniakan kepadanya dan sesungguhnya pahala akhirat itu lebih besar",..belum pon sempat rombongan unta2 tu nak duduk,maka ape yg aisyah katakan ni sampai ke pengetahuan abd rahman bin auf..maka abd rahman bin auf pon bergegas bawa sume rombongan unta2 tadi tu yg xdan nak duduk tu g jumpa aisyah dan berkata "wahai ibu,saya bersaksikan kamu bahawa rombongan ini kesemuanya(termasuk bebannya,bahkan pelana dan lapiknya)saya infakkan ke jalan Allah"..Allahuakbar
so abd rahman bin auf ni memang kaya sangat,dialah sahabat yg paling berada,paling kaya..dia belanjakan harta dia secara terang2an dan sembunyi2,40 ribu dirham perak,40 ribu dirham emas,200 uqiyyah emas dia sedekah pada org miskin,untuk para mujahidin pula,dia infakkan sebanyak 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta.selain itu dia juga mewasiatkan sebanyak 400 dinar emas khas utk sahabt2 yg join perang badar(yg masa tu hanya 100 orang gurai je),dan utk isteri2 nabi juga harta wasiat yg banyak diperuntukkan..Aisyah mendoakan abd rahman bin auf dapat minum air as-salsabil(air mata syurga)..
lepas sume2 harta tu dia dah infakkan,belanjakan,still tinggal banyak harta dia kat waris dia..dikatakan yg dia tinggalkan emas dan perak yg sgt byk utk waris dia,n masa waris dia nak bahagikan emas dan perak tu,mereka membelah emas dan perak tu dengan kapak,sampai lenguh,berbekas,melecet tengan mereka mengerat emas2 tu,nak kata byknya emas tu..nk kata betapa byk harta dia nih..nilah berkat doa nabi agar diberkati harta2 nya itu..
namun,dengan kesemua harta kemewahan ni sedikit pun tak menjadi FITNAH bagi dia..abd rahman bin auf ni,despite kekayaan dia,bila dia berjalan dengan hamba2 dia,orang xleh nak beza mana dia mana hamba..haa nak tunjuk yg harta dia ni sikit pon xefect dia,bukan mcm kita hari ni,ad duit lebih sket nak tunjuk mewah2..pdahal xde duit sgt pon..ade lagi teruk,sanggup berhutang meminjam semata2 nak bli brg lawa2 nak bermegah2..adoiii :((
satu hari tu abd rahman ni puasa,so time nak bukak pose dia dihidangkan makanan..dia berkata "musab bin umair telah terbunuh,bahkan dia lebih baik dariku,dia terbunuh dan masa dia dibunuh hanya ada sehelai kain kafan je utk beliau.bila kepala ditutup maka ternampklah kakinya..kemudian Allah telah membentangkan kami dunia,aku bimbang pahala kita Allah dah segerakan dengan nikmat di dunia ni"..abd rahman menangis tersedu2,sehingga hilang selra makannya...
ya rabbi,mcm ni skali sahabat ni,xterkesan dia dengan harta2 dia,malah harta2 dia tu buat dia lebih muhasabah diri dia..
maka kebaikan dan kebahagiaanlah untuk abd rahman bin auf..nabi beri berita gembira kepadanya bahawa dia adalah ahli syurga..semasa kematiaannya,saad bin abi waqqash yg usung jenazahnya,our zunurain uthman bin affan yg imamkan jenazahnya dan juga turut diiringi oleh ali bin abi talib..Ali bin abi talib juga berkata "pergilah,sesungguhnya kamu telah dapat kebaikan hidup dan mengatasi keperluannya.semoga Allah merahmati kamu"
semoga kita sume yg kaya raya ni terkesan dengan kisah ni,ambik ibrah lihatlah sahabat rasulullah yg kaya sorang ni dia xterkesan langsung pon dengan harta yg dimilikinya..demikianlah kisah sahabat abd rahman bin auf..may Allah elevate the likes of abd rahman bin auf,may Allah give me the kudrat to make sadaqah,and to infaq more for the sake of Allah and make me yearn more for akhirat...
may Allah grant us barakah in our money we spent in everything we get n everything we spent..
we all belong to Allah and to Him we return..
wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

Subscribe to:
Posts (Atom)
bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)