Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Monday, December 23, 2013

wahai rijal! hak anak terhadap ayahnya..

Wahai Rijal-Rijal yang ku kasihi sekalian,
Saidina Umar pernah disoal seorang anak,
akan hak dia ke atas ayahnya,
lantas Amirul Mukminin tersebut menjawab,

"Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik, serta mengajarnya membaca Al-Quran. "

Nampakkah engkau, ya akhi?
Tidak dikatakan mendidik isteri menjadi ibu yang baik,
tetapi ditegaskan untuk memilih ibu yang baik.
Memilih, sayang, memilih!

Proses memilih ini adalah sebelum perkahwinan lagi,
dan dalam memilih ini,
kita perlu jauh terkedepan.
Kita perlu mampu melihat anak-anak kita sudah,
mereka-mereka berdiri di hadapan kita,
dengan peribadi para sahabat.

Wajah-wajah mereka terpancar Nur Islam,
peribadi mereka seperti Abu Bakar As-Sidiq,membenarkan segalanya daripada Rasulullah,
keberanian mereka seperti Umar Al-Khattab, lantang memperjuang Islam tanpa rasa gentar walau sebesar zarah sekalipun,
kepimpinan mereka seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, matlamatnya jelas sejak kecil lagi dan menjadi pemimpin kesayangan anak-anak buahnya,
kehebatan meniup semangat jihad mereka seperti Tariq bin Ziyad, yang mampu membangkitkan api-api para Mukminin dalam mengejar Syahid,
dan keadilan mereka seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, yang telah menegakkan keadilan dalam negara Islam hingga makmur semuanya.

Pabila kita melihat anak-anak kita sebegini,
apakah sanggup kita beri mereka seorang ibu yang kurang daripada hebat?

Janganlah engkau derhaka kepada anak-anak engkau, wahai Rijal-rjial Islam.
Sungguh, Ummah ada hak atas engkau,
dan juga anak-anak engkau.
Dan engkau akan dipersoal kelak,
akan setiap satu pilihan engkau.

..........

"Kalau aku tarbiyyah dia selepas kahwin tak boleh?"

Jika sempat, silakan.
Tafadhol.

Tapi jika tidak,
siap sediakah kamu akan hujah kamu kelak?

Tidak akan sesekali sama benih yang bercambah di tanah yang kering kontang,
dengan tanah yang subur.

Moga Allah redha akan kau, aku dan dia.

No comments:

Post a Comment

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)