bismillahirrahmanirrahim..
hari ni ana nak crita pasal sahabat..
sabda rasulullah SAW:
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
baru skarang ana btol2 sedar btapa pentingnya pilih sahabat..sebb sahabat adalah org yg paling rapat n paling senang mempengaruhi kita..baik sahabat itu iA baiklah kita,begitulah juga sebaliknya..ana ni jenis senang terpengaruh dgn surroundings,so lagi la penting utk pilih sahabat yg baik akhlak/amal solehnya..
Allah berfirman:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat ayat 13)
bila ana sampai jepun,ramai org asing yg ana kenal..termasuklah org jepun,foreign students from so many countries..xlupa juga kpda saudara sesama islam tapi fahaman hanbali/maliki..bila ana berkenalan n berkawan dgn mereka maka terlalu byk bende ana blajar from them..sgt bersyukur Allah hantar ana ke oversea supaya berkembang sket minda ni kenal bangsa lain..namun orang yg mulia di sisi Allah hanyalah hambanya yg bertaqwa..
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)
ayat ni jelas bgtaw kita supaya bertaqwa dan berkawan dgn org yg bersifat benar..kawan yg mengajak kita kepada amar makruf,kalau kita buat salah dia tegur,barulah kita untung..bukan kawan dgn yg nk enjoy je,nnt time kita susah die njoy ngn org len dia tinggal kita..padan muka kita
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
pesan al-qamah(sahabat rasulullah SAW) kpd anaknya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
then,hati2lah or tinggal jer sahabat yg mcm nih:
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
marilah kita berhati2 memilih kawan..masa kita dah xlama dah,tgu masa nak mati je nih..ade kesempatan Allah bagi ni jomla kita perbetulkan mana2 yg salah yg kurang sebb kita ni manusia xpernah sempurna namun pilihan utk jadi lebih baik di tangan kita..apa2 pon berkawanlah kerana Allah apa2 pon kita sandarkan niat kita kepada Allah..
smoga Allah bagi saya kekuatan nak amal smoga Allah bagi kamu hidayah semoga kita dibangkitkan bersama para rasul dan sahabat serta sahabat2 soleh/solehah(di dunia ni)di hari akhirat kelak
p/s:nak org kawan dgn kita,kita kene la berubah jd baik jgk,tambah ilmu agama kita,kuatkan dakwah kita,dekatkan diri kita dengan Allah sentiasa :))
No comments:
Post a Comment