Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."
Wednesday, February 20, 2013
10 kerja-kerja batin ketika kita bermuamalah dengan Al-Quran (Ihya’Ulumuddin, Imam Ghazali):
1- Memahami keagungan firman Allah. Memahami keutamaan Allah, kelembutan Allah kepada makhluknya menurunkan Al-Quran dari arasy yang tinggi.
2- Merasai keagungan, kebesaran dan kekuatan Allah swt.
3- Menghadirkan hati dan membuang jauh bisikan-bisikan yang menganggu kita; rasa malas, penentangan, kesusahan.
4- Tadabur dan meresapkan makna ayat Quran ke dalam jiwa kita. Tiada gunanya ibadah yang kering kerana kering tadaburnya.
5- Berusaha untuk memahami isinya.
6- Membuang hambat-hambatan yang boleh menganggu pemahaman kita.
7- Merasakan Al-Quran sedang berbicara dengan kita.
8- Memberikan pengaruh kepada jiwa. Selepas mendengar ayat Al-Quran, jiwa kita berada dalam kondisi yang berbeza dari sebelumnya.
9- Menghayati bahawa ketika Quran dibacakan, kita sedang berdialog dengan Allah.
10- Melepaskan diri dari rayuan sekelililing dan konsentrasi kepada diri sendiri dengan kaca mata redha dan jiwa yang bersih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)
No comments:
Post a Comment