Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Wednesday, February 20, 2013

10 kerja-kerja batin ketika kita bermuamalah dengan Al-Quran (Ihya’Ulumuddin, Imam Ghazali):



1- Memahami keagungan firman Allah. Memahami keutamaan Allah, kelembutan Allah kepada makhluknya menurunkan Al-Quran dari arasy yang tinggi.

2- Merasai keagungan, kebesaran dan kekuatan Allah swt.

3- Menghadirkan hati dan membuang jauh bisikan-bisikan yang menganggu kita; rasa malas, penentangan, kesusahan.

4- Tadabur dan meresapkan makna ayat Quran ke dalam jiwa kita. Tiada gunanya ibadah yang kering kerana kering tadaburnya.

5- Berusaha untuk memahami isinya.

6- Membuang hambat-hambatan yang boleh menganggu pemahaman kita.

7- Merasakan Al-Quran sedang berbicara dengan kita.

8- Memberikan pengaruh kepada jiwa. Selepas mendengar ayat Al-Quran, jiwa kita berada dalam kondisi yang berbeza dari sebelumnya.

9- Menghayati bahawa ketika Quran dibacakan, kita sedang berdialog dengan Allah.

10- Melepaskan diri dari rayuan sekelililing dan konsentrasi kepada diri sendiri dengan kaca mata redha dan jiwa yang bersih.

kisah doa wali Allah

alkisah tentang seorang hamba dan seorang wali Allah..

ada seorang wali Allah ni dia terkenal dengan doa dia yg makbul belaka..selalu kalau dia doa,Allah perkenan doa wali Allah nih..orang2 len pon slalu minx wali ni mendoakan mereka and iA makbul la doa dia nih..

so datang la seorang hamba kepada wali Allah ni..dia heran n nak taw la ape rahsia wali nih,macamana dia doa sampai sume doa dia makbul belaka..so the hanashi(perbualan) goes like this:

hamba:wahai wali Allah,kenapa doa ko makbul belaka,apa rahsia ko?ajarla kat aku..

wali:wahai hamba,pernah x kau ditimpa satu keadaan dimana kau dah xde harapan len dah selain kepadaNya?sebagai contoh ketika kau jatuh lemas dalam laut yg dalam n xde orang kat situ nk selamatkan kau..kau memanggil2 ayah kau,ibu kau,kawan2 kau untuk menolong tarik kau yg sedang lemas,namun xde org disitu..

hamba:ok,dapat bayangkan...

wali:then pada shunkan(saat) tu apakah yg ada difikiran kau wahai hamba?kepada siapa kau mengadu dan berserah diri?justeru ko mesti mengharapkan last chance tu kepadaNya bukan?
kau serahkan sluruhnya kepada Allah..nak mati dah ni.....
lalu Allah mendengar doamu itu lantas memakbulkan doamu itu..
macam tu lah perasaan aku ketika berdoa dan bertawakkal kepada Allah..sandarkanlah seluruh doa itu HANYA kepada Allah dan bertawakkal lah sesungguh2nya iA kau akan dapat merasa manisnya tawakkal itu..

wallahualam ana yakin kita sume mesti penah rasa mcm tu(moment btol2 serah kpda Allah)..semoa kita boleh doa dan bertawakkal sehebat tu..tiada pengharapan langsung terhadap makhluk,totally berserah segalanya kepada Allah,dengan izin Nya semoga doa kita makbul..

semoga ana dan antum sume boleh doa dan bertawakkal sampai level mcm tu,semoga Allah guide kita ke jalan yg diredhaiNya..

Tuesday, February 19, 2013

Abdullah bin Umar dan solat tahjud

bismillahirrahmanirrahim..

jom layan kisah sahabat nabi yg bernama Abdullah ni..dia anak saidina umar..dia ni seorang yg berilmu mendalam tentang agama,zuhud,and abid(kuat beribadah)..

masa dia muda lagi,dia jeles bila dia dengar ad sahabat lain yg bermimpi n tnye rasul pasal mimpi tu..maka dia pon berangan2 jgk nak mimpi n boleh tnya rasul pasal mimpi dia tu..kisah dia diceritakan oleh dia sendiri:


Dari Abdullah Ibnu ‘Umar radhiyAllahu ‘anhuma dia berkata; “Apabila ada seseorang yang bermimpi pada masa Rasulullah SAW maka ia pun akan menceritakan mimpi itu kepada Rasulullah, hingga saya juga ingin sekali bermimpi dan menceritakannya kepada beliau. Ketika remaja, pada masa Rasulullah SAW saya pernah tertidur di masjid. Dalam tidur itu saya bermimpi bahwa ada dua malaikat yang menangkap saya dan membawa saya ke neraka yang tepinya berdinding seperti sumur dengan dua tali seperti tali sumur. Ternyata di dalam sumur tersebut ada beberapa orang yang saya kenal dan segera saya ucapkan: ‘Aku berlindung kepada Allah dari siksa neraka. Aku berlindung kepada Allah dari siksa neraka. Aku berlindung kepada Allah dari siksa neraka.’ Tak lama kemudian, kedua malaikat tersebut ditemui oleh satu malaikat lain dan ia berkata kepada saya; ‘Kamu akan aman.’ Lalu saya ceritakan mimpi saya itu kepada Hafshah radhiyAllahu ‘anha dan Hafshah menceritakannya kepada Rasulullah SAW Kemudian Rasulullah SAW bersabda: ‘Sebaik-baik orang adalah Abdullah bin Umar radhiyAllahu ‘anhuma, jika ia berkenan melaksanakan shalat di sebagian malam.’ Salim radhiyAllahu ‘anhu berkata; ‘Setelah itu Abdullah bin Umar radhiyAllahu ‘anhuma tidak pernah tidur di malam hari kecuali sebentar.’ (MUSLIM – 4528)

tidak perlulah ana cerita panjang lebar cukuplah kita faham yg abdullah ni mimpi ada orang nk tarik dia masuk neraka n then dia suh kakak dia hafshah(juga isteri nabi) tanyakan kpd nabi n nabi jawab sebaik2 abdullah bin umar ialah yg mengerjakan qiam..sejak dari tu abdullah xpernah miss solat tahjud/qiam..

subhanallah kat sini dapat kita tengok yg para sahabt ni punya la dekat dia dengan Allah sampai Allah dtangkan mimpi tu kat dia supaya dia lebih dekat dgn Allah..tiap2 malam abdullah ni habiskan masa dia berkhalwat dgn Allah..

nabi pon sgt nak kita solat malam ni..smpai nabi cakap solat paling utama slpas solat fardu 5 waktu ialah solat malam..

Dari Abu Hurairah radhiyAllahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah SAWbersabda: "Sebaik baik puasa setelah puasa di bulan Ramadlan adalah puasa di bulan Muharram dan sebaik baik shalat setelah shalat wajib adalah shalat malam." (TIRMIDZI – 402)

Aisyah radliallahu ‘anha berkata; "Janganlah kamu meninggalkan shalat malam (qiyamul lail), karena Rasulullah SAW tak pernah meninggalkannya, bahkan apabila beliau sedang sakit atau kepayahan, beliau shalat dengan duduk." (ABUDAUD – 1112)

semoga kita diberi kekuatan utk bangun solat malam mcm abdullah bin umar..masa ni la masa paling sesuai nak berdating dengan Allah..bukti kita taat kepada Allah dan rasulNya..
May Allah resurrect us with the likes of abdullah ibnu umar and other sahabat..may Allah guide me and you all the way to Jannah~



Thursday, February 14, 2013

Rasulullah SAW berjenaka

jom layan kisah rasulullah SAW berjenaka..ad 2 cerita..

cerita 1:

pda 1 hri rasulullah SAW brjalan dgn para sahabat n jumpa skumpulan nenek.Nabi bgtaw nenek2 tu bahawa nnt kt syurga xde nenek2 sperti mreka..so nenek2 tu pun cuak la sebb diorng taw nabi xpernah bohong,nenek2 tu pcya la kata2 nabi tu..nenek2 tu takot n then nangis..
para sahabat pelik n tnya nabi apa mksd kata2nya tu..
rasulullah SAW trsnym n brkata,di syurga kelak mmg xde nenek2 sebab semua org muda n kacak serta cntik rupawan..barula diorng faham,nabi rupnya tengah berjenaka..nenek2 tu pon stop nangis n rasa gembira sebb nabi doakan mereka masuk syurga :)

cerita 2:

pada 1 hari nabi sedang duduk rehat brsama para sahabat sambil mkn buah kurma..nabi mkn dgn lahap n then letak biji2 kurma tu depan ali bin abu talib yg duk sebelahnya..even nabi mkn byk kurma tp xd biji kurma di hadapan beliau.
sume biji kurma ad depan Ali.then nabi berkata "wahai sahabat2 ku,org yg rakus memakan buah kurma adlah org yg di hadpan dia terdapat byk biji kurma".

bila dengar je mcm tu,para sahabat tengok kat depan ali terdapat byk la biji kurma.tpi Ali ni bkn org sembarangan,dia ni bijak n berilmu kot(rasulullah gelar dia 'gerbang ilmu')..so Ali balas kata2 nabi "tetapi org yg lebih rakus adlah org yg makan buah kurma dan sekaligus makan bijinya hingga di hadapannya xde sisa biji kurma sama sekali".


so,berdasarkan crita ni dapat kita taw nabi muhammad memiliki sift kelakar dan suka berjenaka :))..its sunnah my friends

ijyoudegozaimasu..Smoga Kita dibangkitkan bersama para rasul dan sahabat di akhirat nanti..

Wednesday, February 13, 2013

SAHABAT/TEMAN/FRIENDS/親友

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni ana nak crita pasal sahabat..

sabda rasulullah SAW:

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

baru skarang ana btol2 sedar btapa pentingnya pilih sahabat..sebb sahabat adalah org yg paling rapat n paling senang mempengaruhi kita..baik sahabat itu iA baiklah kita,begitulah juga sebaliknya..ana ni jenis senang terpengaruh dgn surroundings,so lagi la penting utk pilih sahabat yg baik akhlak/amal solehnya..

Allah berfirman:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat ayat 13)

bila ana sampai jepun,ramai org asing yg ana kenal..termasuklah org jepun,foreign students from so many countries..xlupa juga kpda saudara sesama islam tapi fahaman hanbali/maliki..bila ana berkenalan n berkawan dgn mereka maka terlalu byk bende ana blajar from them..sgt bersyukur Allah hantar ana ke oversea supaya berkembang sket minda ni kenal bangsa lain..namun orang yg mulia di sisi Allah hanyalah hambanya yg bertaqwa..

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

ayat ni jelas bgtaw kita supaya bertaqwa dan berkawan dgn org yg bersifat benar..kawan yg mengajak kita kepada amar makruf,kalau kita buat salah dia tegur,barulah kita untung..bukan kawan dgn yg nk enjoy je,nnt time kita susah die njoy ngn org len dia tinggal kita..padan muka kita

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

pesan al-qamah(sahabat rasulullah SAW) kpd anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

then,hati2lah or tinggal jer sahabat yg mcm nih:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

marilah kita berhati2 memilih kawan..masa kita dah xlama dah,tgu masa nak mati je nih..ade kesempatan Allah bagi ni jomla kita perbetulkan mana2 yg salah yg kurang sebb kita ni manusia xpernah sempurna namun pilihan utk jadi lebih baik di tangan kita..apa2 pon berkawanlah kerana Allah apa2 pon kita sandarkan niat kita kepada Allah..

smoga Allah bagi saya kekuatan nak amal smoga Allah bagi kamu hidayah semoga kita dibangkitkan bersama para rasul dan sahabat serta sahabat2 soleh/solehah(di dunia ni)di hari akhirat kelak

p/s:nak org kawan dgn kita,kita kene la berubah jd baik jgk,tambah ilmu agama kita,kuatkan dakwah kita,dekatkan diri kita dengan Allah sentiasa :))

Saturday, February 9, 2013

HATI-heart-QALB-心

bismillahirrahmanirrahim

jom cerita pasal HATI..eh

Dari Abu Abdillah an-Numan bin Basyir radhiyallahu anhuma, beliau mengatakan, Saya mendengar Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, namun di antara keduanya ada perkara yang meragukan (syubhat), di mana banyak orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjauhi hal-hal syubhat, berarti dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang mendekati syubhat, berarti dia akan terjerumus ke dalam keharaman, sebagaimana seorang pengembala yang menaruh hewannya di dekat padang rumput yang dilindungi, hampir saja binatangnya menerjang padang rumput. Ketahuilah, bahwa setiap raja itu memiliki daerah yang dilindungi. Ketahuilah, bahwa daerah Allah yang dilindungi adalah segala hal yang haram. Ketahuilah, bahwa dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Jika segumpal darah ini baik maka seluruh tubuh akan baik, dan jika segumpal darah ini jelek maka seluruh tubuh akan jelek. Segumpal darah itu adalah hati. (HR. Al-Bukhari dan Muslim) hadis 40 susunan imam nawawi hadis ke6

so ana nak enlight kat segumpal darah yg ad dalam badan kita ni yg mana jika baik maka seluruh tubuh akan baik dan begitulah juga sebaliknya,which is HATI..

agak2 hati kita ni mcmana?bersih?kotor?haa even rasulullah pon Allah suh malaikat bedah n cuci hati dia n rasulullah xpernah terlibat kat bende2 lagha even nk g pesta pon rasulullah tertidor xjd g..kita?hahahaha :(((
hati kita ni punya la susah nk jaga sampai time solat pon kita dok ingat dunia..
dengan zaman sekarang nih yg penoh dengan fitnah tu fitnah ni,perkara2 dunia yg dah melekat dalam hati kita,dengan Allah bolak balikkan lagi hati2 kita ni agak2 mcmanala kita nk survive nak dapat redha Allah?

so ulama2 cakap ade beberapa perkara kalau buat iA boleh ubat hati kita yg susah sgt nk jaga nih..

1.tinggalkan perkara maksiat yg kita buat SERTA MERTA..pi la MENGAJI..dtg majlis2 zikrullah ceramah2 agama yg beri peringatan supaya kita takot nk buat maksiat tuh,p kuliah yg cerita pasal bestnya buat amal,supaya kita lebih semngat nk beramal,supaya hati kita mudah terkesan :)

2. ingat MATI(zikrulmaut)
haa,nak crita pasal mati panjang..sebab mati ni confirm mati!kita ja dok ralit kejar dunia sampai lupa yg kita ni cukup ke x bawak bekal utk our life kat akhirat nnt..kalau kita dok ingt mati mesti kita muhasabah diri kita sdikit sebanyak kan?

3.gi lawat orang yg dah nak MATI
haa kalau dah pi ngaji pon hati keras gak,dok ingat mati pon hati xleh lembut gak,g tengok orang menghadapi sakaratul maut live depan mata..mana taw baru nak terkesan

4.(BEST OPTION) gi KUBUR je trus
haa ni paling senang nak buat la ana rasa..kita g je kubur trus..gi la kubur atok ka nenek ka sedara mara yg dah meninggal ka gi ziarah kubur diorng..cnfirm ingat mati punye..iA akan mengingtkan kita pasal mati n buat kita zuhud tentang dunia..

bukan apa,kita ni kadang2 ralit kita xbuat dosa besar pon tapi kita mudah terbiasa dengan dosa2 maksiat kecil ni sampai kotor hati kita,kita rasa kita dalam zon selesa..rilek dok rumah bangun tidoq makan main on9 bla bla (penuh dengan dunya) sampai lupa yg kita ni HAMBA..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

agak2 kalau dajjal keluar esok agak2 kita terlepas ke dari fitnah dajjal?(nk lepas fitnah baca al kahfi stiap jumaat jgn miss)..kita ni rilek sangat kita asyik bersenang2 sampai hati sendiri pon xboleh nk jaga,mati pon xingat,lemah sangat iman saya :((

semoga ana dan antum sume boleh jaga hati kita,teguh imannya,serta mati dalam keredhaanNya..iA sama2 kita amal dan sebarkan..
May Allah guide us all the way to Jannah

Friday, February 8, 2013

MALAIKAT

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah now ana sedang bahagia disisi family di malaysia..so sibuk sket mencurah bakti dekat mak n adik2 heh:)

jom cerita pasal malaikat..dalam rukun iman ke2 kita dituntut beriman kepada malaikat..namun cuba kita tnya diri kita balik,adakah kita btol2 beriman dengan malaikat??!kita hafal ke 10 nama malaikat dan tugas masing2?kita taw ke kisah2 malaikat?kita sedar ke kt kiri kanan kita sentiasa ada malaikat yg xpernah miss terhadap kita,mencatit setiap amalan kita hatta sebesar zarah pon?kita taw ke malaikat mendoakan kita or melaknat kita satu2 masa?

malaikat ni Allah cipta untuk sentiasa bertasbih memuji Allah(general)..manakala 10 malaikat yg kita should know tu ade tugas2 masing2 la..

jibril-sampaikan wahyu kpd nabi dan rasul
mikail-memberi rezki
israfil-tiup sangkakala
izrail-cabut nyawa
raqib-catat amal baik
atid-catat amal buruk
ridwan-jaga pintu syurga
malik-jaga pintu neraka
munkar dan nakir-Tnya n periksa amal dalam kubur

malaikat ni besar..jibril saja rasulullah penah tengok jibril pada bentuk asal dia rasulullah ckap sayap jibril saja ada 600 sayap yg setiap syap keluar cahaya umpama berlian..nanti masa hari kiamat yg huru hara tu akan ad golongan yg mendapat lindungan Allah(perlindunan arasy)..so ada 8 malaikat yg akan pegang(hold) arasy ni..
besar malaikat tuh punya telinga sampai bahu je rasulullah cakap seluas perjalanan 70k batu..wallahualam bila kita cerita pasal bende ghaib,hari akhirat syurga neraka malaikat or bende2 yg kita xnampak memang berat nak percaya..tapi kita kena sedar sebab tu la Allah tutp hijab kita sebab Allah nak uji kita..contoh kita xnmpk besarnya pahala solat isyak n subuh berjemaah..rasul ckp kalau kita btl2 taw nilai dia kita sanggup merangkak utk buat bende tuh..merangkak beb!ana kalau ad org nak bagi ana rm1000 pon ana xsanggup nak merangkak g masjid..:(( ari ni kita sanggup tunggu bantuan rm500 BR1M lame2 berjemur tengah panas,n kita sanggup berkorban utk perkara2 dunia,tpi kita buat derk je bila kita dengar azan berkumandang,kita bersikap acuh x acuh je kalau melibatkan sesuatu perkara berkaitan agama..sebab apa?sebab kita xnampak nilai amal2 ni disisi Allah.Allah tutp hijab kita buat masa ni..buta mata,buta hati..Allahuakbar..:(( may Allah make our heart firm..

kelebihan didoakan malaikat:

malaikat nih doa dia mcm muri(imposible) je kalau xmakbul,sebab malaikat makhluk paling dekat dengan Allah.kalau malaikat doakan kita,iA kita tergolong dlm golongan yg mendapat rahmat Allah..malaikat sentiasa mendoakan org2 yg buat kebaikan,org2 yg baca quran,meminta ampun pada waktu sahur,malaikat la yg jadi saksi,dengr bacaan kita,n doakan kita skali..

golongan yg didoakan malaikat:

1.orang yg duduk dalam majlis zikrullah,mjlis ilmu.

Dari Abu Hurairah ra berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai malaikat-malaikat yang berkeliling di jalan-jalan untuk mencari para ahli zikir (majlis zikir), jika mereka menemukan sesuatu kaum yang berzikir kepada Allah lalu mereka memanggil kawan-kawannya (para malaikat): “Kemarilah, di sinilah ada yang engkau semua cari” Mereka lalu berputar di sekeliling orang yang berzikir itu serta menaungi mereka dengan sayap-sayapnya sampai ke langit dunia.

kalau nak sambung panjang lagi dialong antra Allah dgn malaikat..N last2 Allah berfirman bahawa Allah mengampunkan sume ahli2 majlis ni termasuklah org yg dtg xnk dengar pon mjlis tuh..


2.orang yg melawat org sakit

Sabda Nabi S.A.W. :
Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.

3. orang yg duduk tunggu masuk waktu solat.

org yg duduk menanti waktu solat(dlm keadaan berwuduk)slama tu malaikat kiri kanan sentiasa doakan kita.

4.orang yg duduk selepas solat

doa paling mustajab ialah doa selpas solat fardu..malaikat doa bersama2 kita iA

5.orang yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu

doa dia mustajab malah mendapat doa malaikat..malaikat dtg dekat ubun kita(kpala) smbil doakan kita n minx doa kita dimakbulkan..
semoga lepas2 ni kita boleh tukar cara doa kita jgn asyik nak minx doa utk diri sndri je,doakan saudara2 kita skali iA..

6.orang yg sebelum tidur ambik wuduk dulu

brgsiapa yg tidur dlm keadaan brwduk,dtg malaikat kat ubun kita doakan kita yg tengah tidor tu..malaikat doakan keampunan utk dia..bila malaikat doakan,lebih mudah nk bgn mlam iA :)

golongan yg malaikat laknat:

1.anak derhaka
2.kedekut mcm haji bakhil sibuk simpan duit bukan bawak mati pon
3.org yg xpuasa dibulan ramadhan tnpa sebab n dia mati masa tu
4.org yg bila dengar nama rasulullah tapi xreti2 nak selawat n dia mati masa tu
5.isteri yg ingkar pada suami(kalau sumai ajak tidur,tp isteri tolak,malaikat laknat si isteri ti sepanjang dia tidur sampai pagi.sluruh malaikat dilangit marah kat isteri tu sampai suami dia redha)
6.suami yg menzalimi isteri

semoga kita boleh amal kebaikan n semoga kita sentiasa didoakan malaikat..semoga Allah beri kita kekuatan untuk beramal dan sebarkan..

bittaufiq wannajah..may Allah bless us

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)