Hafiz blog
流れる時に負けないように
Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."
Monday, April 14, 2014
- "YOU AND EVERYTHING YOU OWN BELONGS TO YOUR FATHER"-
"O son, i nourished you when you were a baby,
i looked after you in care as you grew up until you become an adolescent,
you lived upon what i worked for and strive and sacrifice in my body, time and wealth,
so you may live healthy,
whenever a night passed you when you were sick, ill or coughed, i was the first to be up,
carrying you and looking upon you with my heart,
afraid if an atom or little breeze would harm you in any way,
i could not sleep while you were sick,
until you slept then i slept,
when i used to see you sick,
it was as if i was the one who was sick and ill,
so my eyes would always overwhelm with tears,
but you never knew,
and when you finally reached adulthood,
which all my life i was anticipating and looking forward seeing you become that,
until you have reached the day that i have all my life anticipated in my heart,
to see you reached and rejoice,
you gave me reward, and your reward was..
HARSHNESS! FROWNINESS! MISTREATMENT!
as if i am the one who owes you, and you owe me nothing,
the way you treated me was like a neighbour would treat his neighbour,
i wish that you even gave me that."
- "YOU AND EVERYTHING YOU OWN BELONGS TO YOUR FATHER"-
Monday, December 23, 2013
wahai rijal! hak anak terhadap ayahnya..
Wahai Rijal-Rijal yang ku kasihi sekalian,
Saidina Umar pernah disoal seorang anak,
akan hak dia ke atas ayahnya,
lantas Amirul Mukminin tersebut menjawab,
"Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik, serta mengajarnya membaca Al-Quran. "
Nampakkah engkau, ya akhi?
Tidak dikatakan mendidik isteri menjadi ibu yang baik,
tetapi ditegaskan untuk memilih ibu yang baik.
Memilih, sayang, memilih!
Proses memilih ini adalah sebelum perkahwinan lagi,
dan dalam memilih ini,
kita perlu jauh terkedepan.
Kita perlu mampu melihat anak-anak kita sudah,
mereka-mereka berdiri di hadapan kita,
dengan peribadi para sahabat.
Wajah-wajah mereka terpancar Nur Islam,
peribadi mereka seperti Abu Bakar As-Sidiq,membenarkan segalanya daripada Rasulullah,
keberanian mereka seperti Umar Al-Khattab, lantang memperjuang Islam tanpa rasa gentar walau sebesar zarah sekalipun,
kepimpinan mereka seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, matlamatnya jelas sejak kecil lagi dan menjadi pemimpin kesayangan anak-anak buahnya,
kehebatan meniup semangat jihad mereka seperti Tariq bin Ziyad, yang mampu membangkitkan api-api para Mukminin dalam mengejar Syahid,
dan keadilan mereka seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, yang telah menegakkan keadilan dalam negara Islam hingga makmur semuanya.
Pabila kita melihat anak-anak kita sebegini,
apakah sanggup kita beri mereka seorang ibu yang kurang daripada hebat?
Janganlah engkau derhaka kepada anak-anak engkau, wahai Rijal-rjial Islam.
Sungguh, Ummah ada hak atas engkau,
dan juga anak-anak engkau.
Dan engkau akan dipersoal kelak,
akan setiap satu pilihan engkau.
..........
"Kalau aku tarbiyyah dia selepas kahwin tak boleh?"
Jika sempat, silakan.
Tafadhol.
Tapi jika tidak,
siap sediakah kamu akan hujah kamu kelak?
Tidak akan sesekali sama benih yang bercambah di tanah yang kering kontang,
dengan tanah yang subur.
Moga Allah redha akan kau, aku dan dia.
Saidina Umar pernah disoal seorang anak,
akan hak dia ke atas ayahnya,
lantas Amirul Mukminin tersebut menjawab,
"Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik, serta mengajarnya membaca Al-Quran. "
Nampakkah engkau, ya akhi?
Tidak dikatakan mendidik isteri menjadi ibu yang baik,
tetapi ditegaskan untuk memilih ibu yang baik.
Memilih, sayang, memilih!
Proses memilih ini adalah sebelum perkahwinan lagi,
dan dalam memilih ini,
kita perlu jauh terkedepan.
Kita perlu mampu melihat anak-anak kita sudah,
mereka-mereka berdiri di hadapan kita,
dengan peribadi para sahabat.
Wajah-wajah mereka terpancar Nur Islam,
peribadi mereka seperti Abu Bakar As-Sidiq,membenarkan segalanya daripada Rasulullah,
keberanian mereka seperti Umar Al-Khattab, lantang memperjuang Islam tanpa rasa gentar walau sebesar zarah sekalipun,
kepimpinan mereka seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, matlamatnya jelas sejak kecil lagi dan menjadi pemimpin kesayangan anak-anak buahnya,
kehebatan meniup semangat jihad mereka seperti Tariq bin Ziyad, yang mampu membangkitkan api-api para Mukminin dalam mengejar Syahid,
dan keadilan mereka seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, yang telah menegakkan keadilan dalam negara Islam hingga makmur semuanya.
Pabila kita melihat anak-anak kita sebegini,
apakah sanggup kita beri mereka seorang ibu yang kurang daripada hebat?
Janganlah engkau derhaka kepada anak-anak engkau, wahai Rijal-rjial Islam.
Sungguh, Ummah ada hak atas engkau,
dan juga anak-anak engkau.
Dan engkau akan dipersoal kelak,
akan setiap satu pilihan engkau.
..........
"Kalau aku tarbiyyah dia selepas kahwin tak boleh?"
Jika sempat, silakan.
Tafadhol.
Tapi jika tidak,
siap sediakah kamu akan hujah kamu kelak?
Tidak akan sesekali sama benih yang bercambah di tanah yang kering kontang,
dengan tanah yang subur.
Moga Allah redha akan kau, aku dan dia.
Friday, December 20, 2013
bid`ah
Soalan : Ustaz, apakah yang dimaksudkan dengan bid'ah yang sering diperbahaskan di facebook hingga menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam? Minta ustaz memberikan pencerahannya kerana saya menjadi keliru dengan perkara ini. Wassalam.
Jawapan :
Menurut As-Sheikh Imam Abu Amru Abdul Aziz bin As-Salam dalam penghujung kitabnya Al-Qawaid, beliau berkata:
"Bid'ah ini dibahagikan kepada wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Dan cara menentukannya ialah dengan merujuk kepada kaedah-kaedah syarak. Jika termasuk dalam kaedah yang mewajibkan jadilah wajib. Jika termasuk dalam kaedah yang mensunatkan jadilah sunat. Jika termasuk dalam kaedah yang mengharamkan jadilah haram. Jika termasuk dalam kaedah yang memakruhkan jadilah makruh dan jika termasuk dalam kaedah yang mengharuskan jadilah harus."
Contoh bid'ah wajib ialah meletakkan kaedah nahu dan sorof, membukukan Al- Quran, menyusun ilmu-ilmu seperti usuluddin, feqah dan sebagainya.
Contoh bid'ah sunat ialah mengadakan sekolah-sekolah dan madrasah-madrasah dan solat Terawikh berjemaah.
Contoh bid'ah makruh seperti menghiasi masjid dan mashaf.
Contoh bid'ah harus pula ialah bersalam-salaman selepas solat, membahagi-bahagikan makanan, minuman dan sebagainya.
Sesuatu yang tidak dilakukan oleh Raslullah SAW dan para sahabat bukanlah bererti tidak dianjurkan oleh syarak. Pendapat mengatakan bahawa perkara itu bid'ah adalah tidak tepat, dilihat kepada dua sudut iaitu pertama sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW tidak menunjukkan ia tidak dianjurkan oleh syarak atau tidak juga dilarang, maka ia dianggap harus selagi tidak ada dalil yang melarangnya dan kedua ialah pendapat yang mengatakan: "Kalaulah ia baik, sudah tentu ia dilakukan oleh orang yang lebih baik daripada kita" adalah pendapat seolah-olah syariat Islam adalah sesuatu yang jumud sedangkan Islam itu syumul.
Islam mampu menetapkan hukum pada setiap amalan atau peristiwa yang berlaku samada dalam muamalah atau sebahagian daripada ibadah yang tidak ditentukan oleh syariat iaitu dengan berpandukan kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam syariat.
Di antara persoalan yang sering timbul ialah menghukum bid'ah ke atas persoalan khilafiah atau yang ditetapkan oleh hadis dhaif.
Jawapannya termasuk dalam kesalahan yang nyata menetapkan hukum bid'ah ke atas perkara yang para ulama tidak sekata mengenainya dari sudut sabit (wujud) atau tiadanya atau dari sudut kuat atau lemah dalilnya. Begitu juga pada perkara yang ditetapkan oleh hadis yang dianggap dhaif oleh para ulama hadis kerana dengan label tersebut, menyebabkan kita menghukum para sahabat dan generasi salafus soleh sebagai pembawa bid'ah kerana seorang mujtahid akan menganggap ijtihadnya lebih masyhur daripada ijtihad orang lain.
Sebagai contoh Saidatina Aisyah pernah berselisih pendapat dengan Ibn Abbas pada satu hukum yang telah ditetapkan oleh Ibn Abbas. Tidak timbul isu Aisyah membid'ahkan Ibn Abbas.
Demikian juga keadaannya pada perkara yang ditetapkan berpandukan hadis yang dhaif. Tidak boleh juga menghukumnya sebagai bid'ah kerana hukum memang sabit secara umum, tetapi lemahnya berlaku pada sanad hadis yang mungkin disebabkan kecacatan pada rawi atau pada matan hadis.
Kita jangan bersegera melabelkan seseorang itu dengan bid'ah dan sesat. Terdapat sesetengah golongan yang sampai ke peringkat melampaui batas sehingga berani mempertikaikan autoriti para ulama besar dan melemparkan tuduhan tersilap, bid'ah dan kurang mengkaji hadis-hadis Rasulullah SAW. Di antara ulama yang mereka pertikaikan ialah imam-imam mazhab yang empat. Sedangkan mereka telah pun diperakui oleh umat Islam kelayakan mereka untuk dijadikan ikutan.
Terdapat juga sebahagian yang lain mempertikaikan ulama lain yang mempunyai pendapat yang tidak sesuai dengan selera dan prinsip hidupnya walaupun mereka yakin bahawa mereka yang dipertikaikan itu benar dalam beberapa aspek yang lain seperti mempertikaikan pandangan Syafie dalam Qunut dan sebagainya.
Hadis dibawah menjelaskan bahawa membaca doa Qunut semasa solat Subuh adalah bukan bid'ah.
Dari Muhammad bin Sirin, bahawa ia berkata, “Aku berkata kepada Anas bin Malik r.a, “Apakah Rasulullah SAW. Qunut pada solat Subuh? ‘Ia menjawab, ‘Ya, sesaat setelah rukuk.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim ( I:468no.298)
Di dalam hadis yang lain : Dikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan Abu Ja’far Ar-Razy, dari Ar-Rab i’ bin Anas berkata : Anas r.a ditanya tentang qunut Nabi SAW bahawa apakah betul baginda SAW berqunut sebulan, maka berkata Anas ra : Baginda SAW selalu terus berqunut hingga wafat, lalu mereka mengatakan maka Qunut Nabi SAW pada solat subuh selalu berkesinambungan hingga baginda SAW wafat, dan mereka yang meriwayatkan bahawa Qunut Nabi SAW hanya sebulan kemudian berhenti maka yang dimaksud adalah Qunut setiap solat untuk mendoakan kehancuran atas musuh-musuh, lalu (setelah sebulan) baginda SAW berhenti, namun Qunut di solat subuh terus berjalan hingga baginda SAW wafat.
Berkata Imam Nawawi : Mengenai Qunut subuh, Rasulullah SAW tidak meninggalkannya hingga baginda SAW wafat, demikian riwayat sahih dari Anas r.a. (Syarah Nawawi ala shahih Muslim)
Di antara perkara yang sering dikaitkan dengan bid'ah sedangkan perkara-perkara tersebut adalah perkara khilafiah (yang diperselisihkan oleh ulama) seperti tawasul , membuat majlis tahlil, membaca talkin semasa jenazah dikuburkan, menggerakkan atau mengangkat jari telunjuk ketika tahiyyat, berdoa selepas solat fardu, doa secara berjemaah, membaca Qunut dalam solat Subuh, berdoa dimalam Nisfu Syaaban, hukum berselawat selepas azan, memohon syafaat dengan Rasulullah SAW, azan pertama pada hari Jumaat, sunat Qabliyyah Jumaat, bilangan rakaat solat Terawikh, menghadiahkan pahala bacaan Al-Quran kepada mereka yang telah mati, perayaan Maulid Ar-Rasul dan sebagainya.
Terdapat segolongan pemuda (baru tamat belajar dari luar negara) yang melampau dalam meletakkan pengertian bid'ah sehingga menghukumkannya terhadap perkara-perkara kecil, kerana mengikut hawa nafsu atau kerana terpengaruh dengan manhaj (prinsip) jamaah tertentu yang menganggap bid'ah ialah sesuatu amalan yang baru diwujudkan dan tidak pemah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Mereka lupa atau sengaja melupai keluasan dan kesyumulan Islam yang sesuai pada setiap masa dan tempat, malah setiap sesuatu yang muncul samada yang berbentuk istilah atau peristiwa sehinggalah ke hari kiamat.
Kita sepatutnya mengetahui pengertian bid'ah yang sebenarnya. Kita jangan terlalu cepat menghukum sesuatu perkara itu bid'ah yang dholalah (yang sesat).
Bid'ah yang wajib diperangi ialah bid'ah dalam perkara akidah yang membawa kepada syirik seperti ajaran Syiah, ajaran-ajaran sesat, dan bid'ah saiyyiah (buruk). Dalam masa yang sama, kita pula jangan meringan-ringankan perkara bid'ah sehingga menokok tambah dalam perkara agama seperti mengambil hukum ciptaan manusia yang bertentangan dengan hukum-hukum Allah SWT.
Panduan dalam menentukan sesuatu itu bid'ah atau tidak ialah merujuk kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijma', qiyas dan pandangan ulama-ualama muktabar. Wallahu a'lam.
Friday, November 22, 2013
When Nikah become expensive, Zina becomes cheap, so keep weddings as simple and affordable as possible
salam wbt..hehe saja ana letak tajuk ni biar sape2 yg belum khwin tu tertarik nak baca entry nih..kepada men out there yg masih belum selamat(ana juga kehkeh) bolehla baca entry nih..semoga bermanfaat
3 ways(which i think is very important) to do b4 nikah..
1) communicate to our parents..
cakap dekat parents pasal keinginan kita,try bincang..kalau mereka rasa kita betul2 dah boleh nikah,kita akan dapati mereka akan berkata lain dari yg kita sangka..silap2 mereka yg galakkan or bagi green light tanpa kita perlu pujuk lebih2..
2)make Dua
Doa boh,ajaib orang yg berdoa nih..Allah perkenankan segala doa yg btol2 ikhlas,cuma mungkin Allah beri yg terbaik.mungkin lambat sikit or mungkin dengan orang lain(xmcm yg kita nak) tapi Allah xmungkin akan kecewakan kita sebab Dia lebih tahu pasal diri kita.so kerja kita hanyalah berdoa bersungguh2 kerana kita orang beriman senjata kita adalah Doa dan Tawakkal setelah berikhtiar..
3)prepare ourself(especially in increasing our knowledge of Deen,leave the bad habit,try earning extra income ect ect),make ourself ready for marriage life
bende ni memang xsangkal adalah yg paling penting..kalau kita xbersedia Allah xkan bagi kita kahwin,percayalah..so,tinggal sume bad habit,lower our gaze,mantapkan ilmu agama especially yg basic tu yg fardu ain,belajar ilmu fardu ain pasal perempuan sebab nnt nak ajar isteri..or at least start ngaji ilmu agama(especially fardu ain)dengan ustaz secara regular sebab nnt boleh bawak isteri mengaji kalau kita xreti nak ajar dia..kesedaran demi kesedaran hendaklah berlaku dalam diri kita sebab nak masuk phase perkahwinan merupakan antara perubahan phase yg ana rasa paling besar dalam hidup seseorang muslimin dan muslimah..sebab we start to share everything of our life with our partner.really,i mean it,it is everything..xde apa2 yg haram antara suami dan isteri,itulah nikmat perkhwinan yg Allah beri kepada hambanya..Allahuakbar
then start thinking like adults,mature one..start fikir macamana nak tanggung lagi sorang n beberapa orang(anak) lepas2 ni.selama ni dok pikir perut sendiri tp lepas nikah cnfrm xsenang duduk sebab isteri n anak asyik nak isi perut diorang jer..the responsibilty is on us,men.not on them..so apa2 pun,get ourself ready..focus on objective..objective nak kahwin adalah sebab nak complete our deen and follow the sunnah,bukan nak puaskan nafsu jer..n jgn silap,kalau kita kahwin sebab kita dah susah sangat nak tahan nafsu tu,act tu sebenarnya bukanlah penyelesaian kepada masalah kita..mksud ana kat sini dia x 100% penyelesaian la..mungkin sebab kita xtundukkan pandangan kita..so b4 nikah tu sendri kita dah kne ckup kuat utk lower our gaze,xasyik nak ikot nafsu kita jer..sebab wallahi lepas kita kahwin godaan syaitan dan nafsu akan lebih power darpda masa kita belum kahwin..perempuan lain nmpk lagi lawa dari isteri tu mmg godaan biasa,ditambah dengan mcm2 lagi godaan.kalau kita xckup prepare utk bersabar dengan kerenah isteri,maka kita akan lebih mudah dihasut utk melihat perempuan lain dan bermacam2 lagi..jadi memng penting sngt utk kita prepare diri kita,,biar smart sket,hensem sket peribadi b4 nak jadi suami tuh..semoga Allah beri kita kekuatan
ijyoude ana nye celoteh sket2 dimalam hari..semoga Allah dekatkan hati2 kita utk mencintai hanya keranaNya..
Wednesday, November 13, 2013
3 amalan yg agung di sisi Allah
Soalan : Ustaz, jiwa saya sentiasa gundah gulana dan merasai tidak tenang sejak akhir-akhir ini di sebabkan masaalah keluarga yang saya hadapi. Apakah ada amalan-amalan khusus yang boleh saya lakukan untuk melahirkan perasaan kasih dan cinta kepada Allah SWT dan menghilangkan perasaan dukacita ?
Jawapan.
Bersabarlah saudara kerana setiap masaalah yang berlaku di dalam kehidupan berkeluarga adalah ujian Allah SWT. Mereka yang bersabar akan di berikan pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Surah az-Zumar ayat 10)
Terdapat tiga amalan yang agung di sisi Allah, amalan yang dicintai-NYA, amalan yang akan mendekatkan diri kalian kepada-NYA, amalan yang akan mententeramkan hati di manapun kalian berada, amalan yang akan menjadi tabungan untuk menyambut hari esok setelah ditiupnya sangkakala dan hancurnya dunia beserta segenap isinya.
Tiga amalan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Perbanyakkan berzikir kepada-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Ingatlah kalian kepada-Ku nescaya Aku pun akan mengingat kalian.” (Surah al-Baqarah ayat 152).
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya…” (Surah al-Ahzab ayat 41).
Rasulullah SAW bersabda,“Tidaklah suatu kaum berkumpul seraya mengingat Allah, melainkan pasti malaikat akan menaungi mereka, rahmat meliputi mereka, ketentraman turun kepada mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka di hadapan malaikat yang di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kedua : Tetaplah berdoa kepada-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Rabb kalian berfirman; Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri sehingga tidak mau beribadah (berdoa) kepada-Ku pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir ayat 60).
Rasulullah SAW bersabda, “Tiada suatu urusan yang lebih mulia bagi Allah daripada doa.” (Hadis Riwayat al-Hakim).
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah subhanah, maka Allah murka kepada dirinya.” (Hadis RiwayatTirmidzi dan Ibnu Majah).
Rasulullah SAW bersabda, “Rabb kita tabaraka wa ta’ala setiap malam yaitu pada sepertiga malam terakhir turun ke langit terendah dan berfirman, ‘Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan, siapakah yang mahu meminta kepada-Ku nescaya Aku beri, siapa yang mahu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketiga : Mohonlah ampunan-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Tidaklah Allah akan menyiksa mereka sementara kamu berada di tengah-tengah mereka, dan tidaklah Allah akan menyiksa mereka sedangkan mereka selalu beristighfar/meminta ampunan.” (Surah al-Anfal ayat 33).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya,“Demi Allah, sesungguhnya aku setiap hari meminta ampunan dan bertaubat kepada Allah lebih dari tujuh puluh kali.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Jika saudara sentiasa melaksanakan zikir, doa, dan taubat kepada-Nya, insyaa Allah saudara akan tergolong dikalangan mereka yang dicintai-Nya, diampuni oleh-Nya, dan mendapatkan rahmat dari-Nya.
Sumber: Kitab adz-Dzikr wa ad-Du’a
Jawapan.
Bersabarlah saudara kerana setiap masaalah yang berlaku di dalam kehidupan berkeluarga adalah ujian Allah SWT. Mereka yang bersabar akan di berikan pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Surah az-Zumar ayat 10)
Terdapat tiga amalan yang agung di sisi Allah, amalan yang dicintai-NYA, amalan yang akan mendekatkan diri kalian kepada-NYA, amalan yang akan mententeramkan hati di manapun kalian berada, amalan yang akan menjadi tabungan untuk menyambut hari esok setelah ditiupnya sangkakala dan hancurnya dunia beserta segenap isinya.
Tiga amalan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Perbanyakkan berzikir kepada-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Ingatlah kalian kepada-Ku nescaya Aku pun akan mengingat kalian.” (Surah al-Baqarah ayat 152).
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyak
Rasulullah SAW bersabda,“Tidak
Kedua : Tetaplah berdoa kepada-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Rabb kalian berfirman; Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri sehingga tidak mau beribadah (berdoa) kepada-Ku pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir ayat 60).
Rasulullah SAW bersabda, “Tiada suatu urusan yang lebih mulia bagi Allah daripada doa.” (Hadis Riwayat al-Hakim).
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah subhanah, maka Allah murka kepada dirinya.” (Hadis RiwayatTirmidzi
Rasulullah SAW bersabda, “Rabb kita tabaraka wa ta’ala setiap malam yaitu pada sepertiga malam terakhir turun ke langit terendah dan berfirman, ‘Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan, siapakah yang mahu meminta kepada-Ku nescaya Aku beri, siapa yang mahu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketiga : Mohonlah ampunan-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Tidaklah Allah akan menyiksa mereka sementara kamu berada di tengah-tengah mereka, dan tidaklah Allah akan menyiksa mereka sedangkan mereka selalu beristighfar/
Rasulullah SAW bersabda maksudnya,“Demi
Jika saudara sentiasa melaksanakan zikir, doa, dan taubat kepada-Nya, insyaa Allah saudara akan tergolong dikalangan mereka yang dicintai-Nya, diampuni oleh-Nya, dan mendapatkan rahmat dari-Nya.
Sumber: Kitab adz-Dzikr wa ad-Du’a
Thursday, September 5, 2013
saidina uthman(RA) tentang kubur
bismillahirrahmanirrahim..
reported by haani,hamba yg dibebaskan saidina uthman,tentang uthman dengan kubur..
bila uthman didengarkan dengan ayat syurga(jannah) or neraka(jahannam), uthman xnangis pape,tapi bila dia pergi kubur,uthman menangis2 sampai basah kuyup janggutnya..kenapa mcm tu?tanya hamba itu.
uthman berkata "ak dengar nabi cakap;kubur adalah 1st stage utk seseorang.kalau berjaya orang itu dikubur maka di akhirat kelak berjayalah dia.sedangkan fail dia di kubur maka lebih2 fail la dia di akhirat kelak"
"aku melihat pelbagai scene2 yg worst dalam hidup aku,perang,itu ini,tapi scene dalam kubur adalah yg paling worst,ngeri",sambung nabi..
this is it,this is reality of grave,wallahi sume kita akan cnfrm mati n masuk kubur.rasanya waktu kita duduk kat kubur akan lebih lama daripada duduk atas dunia nih.
allahu..lupa nya ak esok masih ada,tapi belum tentu esok ada utk aku :((
semoga kita sentiasa ingat mati,semoga kita mati dalam husnul khatimah,semoga kita terlepas seksa kubur dan seksa neraka..
Friday, August 16, 2013
kisah thufail bin amr ad-dausi
bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah lepas sebulan ramadhan dan sminggu lepas syawal ana masih sihat dan hidup dengan kurniaNya. semoga ramadhan yg lepas benar2 menjadikan kita lebih bertakwa,moga Allah terima sume amal2 kita,dan moga berjumpa dengan ramadhan lagi tahun hadapan..
selain itu,semoga Allah bantu saudara2 kita,ikhawanul Muslimin yg berada di Mesir menghadapi musuh2 Allah yg kejam dok nak perjuangkan liberalism dan sekularism mereka..xmustahil masa depan bila Islam sbenar dah terpahat dalam hati orang2 muda di negara kita, akan terjadi perkara yg sama juga di Malaysia,kita tidak tahu..yg haq pasti menang, dan batil pasti kalah juga.. semoga anak2 muda lebih sedar lebih peka tentang dunia dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.. rasa jealous tengok anak2 muda syiria,palestin,ottoman,now mesir yg jelas kembali kepada islam dan dapat perjuangkan agama ini sehingga mati syahid,sesungguhnya itulah kemenangan yg nyata,dunia ini hanya mainan dan persinggahan sementara dan kita mudah tertipu dengan dunia ini.. semoga Allah matikan kita dalam keadaan khusnul khatimah dan bukan dalam keadaan tengah lalai dengan onak permainan dunia ini,Allahualam..
kali ini ana nk cerita tentang betapa pentingnya kita 'invest' in people around us for islam,dakwah mereka dengn penuh hikmah dan sabar,sebab kita c pernah tahu what may come for us..seperti kisah sahabat bernama tufail ini..
tufail ni ketua kabilah Daus,dia ni smart,ade kedudukan dan berpengaruh di kalangan org2 dia..kata2 dia power,dia penyajak yg hebat dan dia protect org2 dia yg perlukan pertolongan..kira bgus gila la dia ni..masa ni dia jahil lagi..
so once upon a time dia nak ke mekah nak tunai haji,masa tu kat mekah tngah fight2 la nabi dengan musyrikin quraisy masing2 cuba mencari sokongan.nabi dengan dakwahnya menyeru Allah dan kafiq quraisy dengan tentangan dakwah nabi dengan pelbagai cara.. masa tufail dtg mekah dia diberitahu oleh kafir quraisy supaya jgn dekat nabi,nabi ni buat kaum kami berpecah,nabi ni bla2, jgn dekat nabi nnt dia sihir kamu dan porak perandakan kaum kamu pula.. sehinggakan tufail ni memng xnak lngsung jumpa nabi,siap tutup telinga dia lagi takut2 terjumpa dengan nabi lepas dengar pelbagai kisah2 pelik tentang nabi from org kafir quraisy..
so bila tufail nak bertawaf kat kaabah dan memohon keberkatan drpada berhala agama jahiliah yg dia agungkan,dia nampak nabi pun solat di situ,tapi cara nabi solat lain,tufail tertawan dengan cara nabi solat tu,so tufail mendekati nabi dan terdengar beberapa firman Allah dalam solat nabi..ternyata tufail tergerak hati utk mendengar kata2 nabi muhammad.. hati nya tertarik utk berkata apa salahnya jika kau dengar apa yg muhammad ini katakan, baikburuk kata2nya dapat kau judge,why not hear this side plak,detik hatinya..so tufail mengekori nabi pulang ke rumah dan berjumpa dengan nabi.tufail ceritakan pada nabi tentang orang2 quraisy yg ceritakan mcm2 hal pelik tentang nabi dan meminta nabi ceritakan perihal sebenar tentang dirinya. nabi ceritakan hal sebenar dirinya kepada tufail dan membacakan surah al-ikhlas dan al-falaq. ternyata tufail jatuh cinta dan terus mengucap syahadah..
kemudian tufail stay seketika di mekah dan belajar tentang islam dan menghafal beberapa ayat quran,selepas beberapa ketika tufail pulang ke kaumnya dan menyebarkan dakwah islam kepada kaumnya..namun,ternyata kaumnya tidak menerima dakwahnya.. frust menonggeng tufail ni kaum dia xnak sahut dakwah dia maka dia pulang ke mekah utk jumpa nabi menceritakan ke'frust'an dia kat kaum dia tu..so nabi berdoa supaya Allah beri hidayah kepada kaum Daus dan menyuruh tufail 'SERVE' or berlemah lembutlah dengan mereka dan serulah mereka kepada Islam.. MasyaAllah mcm tu nabi suruh kita seru orang, bukan dengan cara kekerasan atau paksaan dan sebagainya..so tufail pulang kepada kaumnya dan buat mcm nabi suruh,dia serve kaum2 dia,sabar,invest kat diorang,lemah lembut dengan diorang dan seru mereka kepada ajaran Islam..
masa berlalu dan berlalu,sehinggalah nabi hijrah ke madinah,then berlaku perang badar,uhud,khandak,lama la masa berlalu,sehingga tufail datang bertemu nabi dengan membawa bersama 80 keluarga dari kaum Daus utk bertemu nabi bersedia nk masuk Islam..masa ni xsilap 2tahun stngah b4 nabi wafat.. so ramai la kaum Daus masuk Islam masa tu atas sebab invest dan lemah lembut tufail tadi.. paling best antara dalam 80 keluarga tu, ad sorang ni namanya Abu Hurairah, perawi hadis paling mashur, dia stay dengan nabi kat Mekah,belajar Islam dengan nabi,berdamping dengan nabi, sehingga menjadi perawi hadis paling mashur mcm yg kita sume tahu.. sume tu masuk akaun amal tufail ni masyaAllah, sume sebab tufail invest baik2 seru mereka kepada agama Allah..
so, the next time we want to deal with people, ingat sahabat tufail ni.. jangan nak hentam orang mcm tu je,dia nak berat nanang biar dia,Allah yg bagi hidayah, kerja kita lemah lembut,seru mereka dengan sabar,dan jgn pernah lelah.. mungkin sebab amal kita yg yg byk cacat cela sebab tu Allah tak bagi kita nak,ingat,yg lemah,hina,byk kelemahan adalah kita.. kita xkan pernah tahu apa yg Allah akan beri kepada kita..
Semoga Allah merahmati tufail ibn amr,semoga Allah beri kita kekuatan nak seru orang2 sekeliling kita dengan lemah lembut dan hikmah..semoga Allah terima dan gandakan amal2 kita lebih byk dripada yg kita sangka kita ada..
semoga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada ana dan antum sume..
Subscribe to:
Posts (Atom)
bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)