baiklah terus terang sahajalah diri ini sudah ada keinginan utk berumahtangga...tapi dah bersedia ke belum hanya Allah yg tahu..so ummi ajar klu dah ada keinginan yg mcm ni hendaklah berdoa “rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'ayun waj'alna lilmuttaqeena imama”
Sedar atau tidak, ketika kita baca doa ini, sebenarnya Allah ajar kita satu doa untuk kita ini diberikan kekuatan, kemampuan dan petunjuk oleh Allah untuk membina tiga tamadun. Rabbana hablana (Ya allah kurniakanlah, berikanlah, utuskanlah, anugerahkanlah kepada kami). Orang yang meminta sesuatu daripada Allah swt, sebenarnya Allah telah memberikan satu bimbingan disitu bahawa, kita diajar Allah untuk membina tamadun kapasiti diri. Seorang hamba Allah yang sedar siapa dirinya dimuka bumi, dia akan menumpukan sepenuh pengabdiannya, permintaan pertolongan, dan juga permohonan rezekinya untuk dapat pasangan hidup, dapatkan anak. Itu semua rezeki Allah swt.
Jadi disini, apabila seorang abid Allah, kehidupannya Allah berada dalam hatinya, maka dia akan berdoa kepada Allah rabbana hablana, ini merupakan satu bimbingan daripada Allah untuk membina tamadun yang pertama, iaitu tamadun kapasiti diri. Kemudian, kita tahu, kita perlukan pasangan. Itu merupakan fitrah. Maka kita berdoa kepada Allah, min azwajina (daripada isteri kami) . Isteri yang macam mana? Itu yang kita minta pada Allah untuk utuskan teman hidup kita. Apabila kita mampu, apabila Allah telah bertapak dalam hati kita, kita akan berdoa pada Allah agar Allah yang utuskan isteri ataupun suami kepada kita. Maknanya kita telah mendapat petunjuk daripada Allah untuk membina kapasiti atau tamadun yang kedua.
Seterusnya wazzurriyatina. Setelah kita tahu pegangan kita, sebagai abid khalifah di muka bumi, kita tak boleh hidup sorang sorang, kita perlukan pasangan hidup yang boleh melahirkan zuriat. Kalau lelaki dengan lelaki, tidak akan menghasilkan anak. Begitu juga perempuan dengan perempuan. Sebab itu, Allah berikan kemurkaannya pada hamba hambanya yang ingkar ini. Mereka inilah yang menghancurkan keturunan mereka. Kita perlu melakukan sesuatu iaitu dakwah, supaya ideologi jahiliyyah ini tidak menular kedalam hidup oleh orang Islam.
Untuk kita menurunkan benih kita, Rasulullah saw berpesan pada anak anak lelaki, perlu dilihat, tempat untuk menurunkan benih itu, adakah ia ladang yang baik, ataupun ladang yang pernah dicemari atau ladang yang penuh dengan dosa? Sekiranya kita ada dosa, kita bertaubat pada Allah supaya Allah hadirkan pada kita orang yang suci juga daripada dosa. Kalau anak lelaki nak pilih isteri, Rasulullah saw telah memberikan hadis baginda, “wanita itu dikahwini kerana empat perkara, pertama kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana ad dinnya. Sesungguhnya sekiranya kamu memilih ad dinnya, kamu akan beruntung. Sekiranya tidak, maka kamu akan menghadapi kemusnahan atau kerugian.” Rasulullah menyuruh supaya mengutamakan ad din dulu. Lepas itu barulah boleh pilih yang cantik dan sebagainya. Kemudian kita hanya serah pada Allah, kerana jodoh itu telah ditentukan.
Kita mohon pada Allah, kerana dengan itu, kita telah membina tamadun yang kedua iaitu tamadun kapasiti institusi. Wazurriyyatina qurrata a'ayun – kita minta pada Allah supaya kurniakan kita zuriat yang benar benar beriman dan bertakwa sebab itulah yang dinamakan qurratuain, menjadi penyejuk mata kita. Supaya apabila kita telah berpegang pada Allah, dapat isteri dan suami yang soleh solehah, kita bersyukur pada Allah, kita solat sunat selepas akad nikah. Ketika kita nak sentuh isteri kita, kita pegang kepalanya, dan berdoa kepada Allah, “ya Allah aku mohon kepadamu akan kebaikan buat isteriku dan apa yang akan engkau ciptakan darinya”. Kita mohon Allah berikan kebaikan kepada kita melalui isteri kita yang solehah dan sekiranya Allah kurnikana anak, anak yang akan memberi qurrata a’ayun juga pada kita.
Waj'alna lilmuttaqeena imama – Kita berdoa pada Allah supaya Allah redha, pilih, bimbing kita untuk menjadi pemimpin bagi orang orang yang bertakwa. Ini adalah tamadun yang sangat besar. Sebab itu, apabila kita boleh pimpin keluarga kita dalam keadaan takwa, insyaAllah kita akan mudah untuk memimpin ummah, negara, dan seluruh dunia dengan izin Allah swt. Tetapi sekiranya kita anak yang kita lahirkan sendiri pun kita tak mampu nak tarbiyah mereka, yang mana sepatutnya seorang ibu, seorang suami mencari nafkah. Itu adalah tanggungjawab yang Allah pikulkan kepada seorang suami yang menjadi pemimpin.
Allah pilih suami sebagai pemimpin dalam surah an Nisa’ ayat 34. Allah lebihkan pada lelaki ini, kerana lelaki dikehendaki untuk menjadi pemimpin rumah tangganya. Selepas itu Rasulullah saw berpesan bahawa, lelaki adalah pemimpin dan isteri adalah pengurus rumahtangganya. Suamilah diwajibkan untuk mencari nafkah, manakala isteri tidak perlu keluar mencari kerja. Sekiranya isteri pun dikerah mencari rezeki, siapa yang nak mentarbiyah anak dirumah? Siapa yang nak mengelola rumahtangga? Sebab itu timbul pada hari ini anak anak yang kehilangan arah, bermasalah sebab apa? Sebab manusia tidak taat pada fitrah Allah. Namun, yang terpaksa bekerja, pastikan anak anak dan pengurusan rumahtangga tidak diabaikan.
Sekiranya ada anak anak lelaki atau perempuan yang enggan bernikah dengan alasan nak fokus jalan dakwah tarbiyah, ingat, pertama, sejauh mana atau sehebat manapun kita berdakwah, bernikah adalah sunnah Rasulullah saw. “Sekiranya umatku menolak sunnahku, sesungguhnya mereka bukan dari kalangan umatku”. Kedua, sekiranya kita enggan bernikah, sehebat manapun kita, kita tidak akan mampu menyempurnakan seluruh ad din. Sebab itu, ketika seorang lelaki ataupun perempuan bernikah, Rasulullah telah memberi pengiktirafan yang tinggi iaitu, “Sekiranya seorang umatku telah bernikah, maka dia telah menyempurnakan separuh dari ad din.”
Pahala nafkah Allah kurniakan hanya pada seorang suami yang memberi nafkah pada anak dan isterinya. Sama ada nafkah kebendaan, tempat tinggal yang baik, makanan yang halal, kenderaan yang baik. Dari segi bukan kebendaan, tarbiyah, nafkah batin. Persetubuhan suami dan isteri yang halal dikira sedekah dan mendapat pahala. Isteri mendapat pahala berhias untuk suami, pahala bersalin yang mana Allah hapuskan dosa kita dari setiap titik darah yang keluar ketika kita melahirkan anak atau setiap titik susu yang kita keluarkan untuk anak. Berdoalah pada Allah supaya Allah beri kita peluang untuk menimba pahala pahala ini.
Allah telah berfirman di dalam surah An Nur ayat 32. Melalui surah ini, Umar al Khattab mengatakan, siapa yang merasa dirinya miskin, hendaklah dia menikah. InsyaAllah Allah akan kayakan dia. Jadi itulah yang perlu ditik beratkan, masalah enggan bernikah yang menjadi satu fenomena yang melanda umat Islam pada hari ini. Anak anak lelaki yang berada di jalan dakwah dan tarbiyah, mereka merupakan lelaki yang miskin, jadi buat yang perempuan, kalau ingin bernikah dengan ikhwah yang berada di jalan ini, mereka miskin, sebab rezeki yang Allah bagi pada mereka mereka infakkan pada Allah. Untuk pernikahan bersama mereka, mudahkanlah mahar. Mudah mudahan Allah memberi keberkatan pada anak ummi kesemuanya.
Apabila sudah mempunyai perasaan pada yang berlainan jantina, maknanya itu petunjuk dari Allah yang anda telah bersedia untuk bernikah. Mohonlah pada Allah, agar Allah halakan pada system syariat Allah. Walau dalam apa keadaan sekalipun, jangan terlibat dengan nafsu syahwat yang haram. Rasulullah saw telah bersabda, zina kemaluan bermula dengan zina mata. Zina mata akan jatuh ke hati. Bila tiba dihati, sudah susah untuk cuci. Sebab itu adanya bercinta diam diam, kemudian berchatting di internet, ataupun melakukan sesuatu yang diluar batasan seperti beronani. Kita tidak akan sampai ketahap sebegitu sekiranya kita tidak memberi peluang kepada mata kita. Sebab itu dalam surah an Nur ayat 30-31 Allah suruh tundukkan pandangan. Memang Allah tahu, anak anak yang mula baligh sudah mempunyai perasaan sebegitu. Sebab itu kita perlu tahan dan kawal dan dalam masa yang sama, kepada ibu dan bapa juga disarankan supaya permudahkan anak anak untuk bernikah.
Peliharalah mata kita, jangan sampai menjadi zina hati. Apabila zina hati berlaku, ia akan sampai ke kepala. Kepala akan selalu memikirkan macam mana nak menarik perhatian untuk berkomunikasi. Di facebook, mula add sebagai friend. Sebab itu, sekiranya ada lelaki atau perempuan dalam facebook kita yang ada bukan sebab muamalah, disapprove atau unfriend. Kalau kita approve dan biar, pastikan kita ada jawapan untuk diberi pada Allah kelak. Mohon Allah pelihara nafsu kita, insyaAllah Allah permudahkan pernikahan kita. Selagi kita tidak mampu kawal, selagi itu Allah tidak akan beri pasangan pada kita. Apabila kita berjihad melawan nafsu, Allah tahu betapa susahnya, dan Allah akan permudahkan. Tetapi kalau kita tidak jaga, Allah akan panjangkan lagi perjalanan itu. Sama samalah kita bermohon doa supaya Allah pelihara.
diambil daripada kuliah BM by ummuatifah..semoga bermanfaat untuk diri ini dan antum2 yg membaca juga..May Allah guide us all,inshaAllah..
No comments:
Post a Comment