Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Friday, April 26, 2013

ata' bin abi rabah(PART 1)

bismillahirrahmanirrahim...

rasanya ana dah lama xtulis kisah2 tokoh2 islam sejak datang bumi sakura nih..Ya Allah jgnlah kau condongkan hati aku setelah kau beri hidayah,dan berilah rahmat dari sisimu,sesungguhnya kaulah maha pemberi..tolong jangan futur jauh2 wahai diri,please maintain mcamana diri ini masa Allah jentik hidayah dulu..mungkin sebab salah diri sendri yg membiarkan diri disibukkan dengan hal2 dunia dan lebih memikirkan makhluk daripada takut kepada Allah...
Ya Allah ampunkan aku dan seluruh umat ini...

ata' bin rabah ni ialah anak didik ibn abbas.dia merupakan mufassir alquran yg terkemuka,dia adalah baki2 dari para sahabat..dia merupakan antara anak didik ibnu abbas yg ibnu abbas sgt sayang..sapa xkenal ibnu abbas yg luas pengetahuan tentang Alquran dan selalu mendampingi nabi setiap masa..namun kali ni ana nk kabor pasal ata' la ek...

dia ni kulit hitam mcm negro,rambut kerinting,pendek kata xde hensem mana pon la,lebih kurang bilal bin rabbah la kot,tapi hati dia suci,putih,xmcm kita muka dahla xlawa sgt,hati plak kotor..
dia tinggal di mekah selama 20 tahun,asalnya dia hamba kpd seorng prempuan,n dia sgt berdisiplin sehingga tuan dia sgt sayangkan dia.time rehat dia,dia p beribadat..xmcm time rehat kita(ana la),p makan,p ambik smartphone check fb,line,whatsapp messages,kot2 ade msej awek jpon mana ka dok nk msej kita...bukan nk ingt Allah dulu,ingt makhluk dulu..Allah...ata' ni masa 1 hari dia xde pun masa nk berfoya2..surah al-asr jelas bagitau kita supaya menggunakan masa dengan beriman dan beramal soleh,menyuruh kepada yg benar dan sabar..yet kita tetap nk berfoya2 dalam kehidupan seharian..:((

so 1 hari tu,sebab ata' ni taat sangat beribadah,so majikan dia merdekakan dia.tuan dia suruh dia p belajar dan menyumbang kepada Agama..so bila ata' ni dah merdeka,dia terus p jumpa ibnu abbas,nak belajar Al-quran dengan sahabat yg hebat itu..so dari sini kita dapat lihat,pentingnya utk kita cari ilmu tu,kita kena cari guru tu dulu..lagi2 utk ilmu yg baik sperti ilmu tafsir..nk blajar Al-quran,kenela mendampingi ulamak mufassir yg hebat2,xpun ustz2 yg merujuk kitab2 ulamak mufassir yg hebat2..supaya kita boleh dapat izzah belajar ilmu tu..bukan bangga semata2,tapi intipati,isi ilmu tu kita dapat seterusnya mangamalkan dan menyampaikan kepada orang lain..sebab tu kalau nk tengok seorang tu mcmana bagus dia,kita boleh tengok mutarabbi dia sendiri..kalau mutarabbi dia dah bagus gila,lagi la murabbi dia,sebab murabbi dia tulah yg dengan izin Allah membimbing dia,DF dia,tarbiyyah mutarabbi dia tu sampai jadi hebat mcm tu..moga ni menjadi azam bagi ana dan antum semua utk terus kuat dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ni.semoga Allah redhalah dengan apa yg kita usahakan even sekecil zarah sekalipun..

wallahualam,iA akan ana sambung lagi dalam next post..
may Allah guide us all the way to Jannah~

Tuesday, April 16, 2013

doa apabila timbul keinginan utk berumahtangga

bismillahirrahmanirrahim....

baiklah terus terang sahajalah diri ini sudah ada keinginan utk berumahtangga...tapi dah bersedia ke belum hanya Allah yg tahu..so ummi ajar klu dah ada keinginan yg mcm ni hendaklah berdoa “rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'ayun waj'alna lilmuttaqeena imama”

Sedar atau tidak, ketika kita baca doa ini, sebenarnya Allah ajar kita satu doa untuk kita ini diberikan kekuatan, kemampuan dan petunjuk oleh Allah untuk membina tiga tamadun. Rabbana hablana (Ya allah kurniakanlah, berikanlah, utuskanlah, anugerahkanlah kepada kami). Orang yang meminta sesuatu daripada Allah swt, sebenarnya Allah telah memberikan satu bimbingan disitu bahawa, kita diajar Allah untuk membina tamadun kapasiti diri. Seorang hamba Allah yang sedar siapa dirinya dimuka bumi, dia akan menumpukan sepenuh pengabdiannya, permintaan pertolongan, dan juga permohonan rezekinya untuk dapat pasangan hidup, dapatkan anak. Itu semua rezeki Allah swt.


Jadi disini, apabila seorang abid Allah, kehidupannya Allah berada dalam hatinya, maka dia akan berdoa kepada Allah rabbana hablana, ini merupakan satu bimbingan daripada Allah untuk membina tamadun yang pertama, iaitu tamadun kapasiti diri. Kemudian, kita tahu, kita perlukan pasangan. Itu merupakan fitrah. Maka kita berdoa kepada Allah, min azwajina (daripada isteri kami) . Isteri yang macam mana? Itu yang kita minta pada Allah untuk utuskan teman hidup kita. Apabila kita mampu, apabila Allah telah bertapak dalam hati kita, kita akan berdoa pada Allah agar Allah yang utuskan isteri ataupun suami kepada kita. Maknanya kita telah mendapat petunjuk daripada Allah untuk membina kapasiti atau tamadun yang kedua.


Seterusnya wazzurriyatina. Setelah kita tahu pegangan kita, sebagai abid khalifah di muka bumi, kita tak boleh hidup sorang sorang, kita perlukan pasangan hidup yang boleh melahirkan zuriat. Kalau lelaki dengan lelaki, tidak akan menghasilkan anak. Begitu juga perempuan dengan perempuan. Sebab itu, Allah berikan kemurkaannya pada hamba hambanya yang ingkar ini. Mereka inilah yang menghancurkan keturunan mereka. Kita perlu melakukan sesuatu iaitu dakwah, supaya ideologi jahiliyyah ini tidak menular kedalam hidup oleh orang Islam.


Untuk kita menurunkan benih kita, Rasulullah saw berpesan pada anak anak lelaki, perlu dilihat, tempat untuk menurunkan benih itu, adakah ia ladang yang baik, ataupun ladang yang pernah dicemari atau ladang yang penuh dengan dosa? Sekiranya kita ada dosa, kita bertaubat pada Allah supaya Allah hadirkan pada kita orang yang suci juga daripada dosa. Kalau anak lelaki nak pilih isteri, Rasulullah saw telah memberikan hadis baginda, “wanita itu dikahwini kerana empat perkara, pertama kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana ad dinnya. Sesungguhnya sekiranya kamu memilih ad dinnya, kamu akan beruntung. Sekiranya tidak, maka kamu akan menghadapi kemusnahan atau kerugian.” Rasulullah menyuruh supaya mengutamakan ad din dulu. Lepas itu barulah boleh pilih yang cantik dan sebagainya. Kemudian kita hanya serah pada Allah, kerana jodoh itu telah ditentukan.


Kita mohon pada Allah, kerana dengan itu, kita telah membina tamadun yang kedua iaitu tamadun kapasiti institusi. Wazurriyyatina qurrata a'ayun – kita minta pada Allah supaya kurniakan kita zuriat yang benar benar beriman dan bertakwa sebab itulah yang dinamakan qurratuain, menjadi penyejuk mata kita. Supaya apabila kita telah berpegang pada Allah, dapat isteri dan suami yang soleh solehah, kita bersyukur pada Allah, kita solat sunat selepas akad nikah. Ketika kita nak sentuh isteri kita, kita pegang kepalanya, dan berdoa kepada Allah, “ya Allah aku mohon kepadamu akan kebaikan buat isteriku dan apa yang akan engkau ciptakan darinya”. Kita mohon Allah berikan kebaikan kepada kita melalui isteri kita yang solehah dan sekiranya Allah kurnikana anak, anak yang akan memberi qurrata a’ayun juga pada kita.


Waj'alna lilmuttaqeena imama – Kita berdoa pada Allah supaya Allah redha, pilih, bimbing kita untuk menjadi pemimpin bagi orang orang yang bertakwa. Ini adalah tamadun yang sangat besar. Sebab itu, apabila kita boleh pimpin keluarga kita dalam keadaan takwa, insyaAllah kita akan mudah untuk memimpin ummah, negara, dan seluruh dunia dengan izin Allah swt. Tetapi sekiranya kita anak yang kita lahirkan sendiri pun kita tak mampu nak tarbiyah mereka, yang mana sepatutnya seorang ibu, seorang suami mencari nafkah. Itu adalah tanggungjawab yang Allah pikulkan kepada seorang suami yang menjadi pemimpin.


Allah pilih suami sebagai pemimpin dalam surah an Nisa’ ayat 34. Allah lebihkan pada lelaki ini, kerana lelaki dikehendaki untuk menjadi pemimpin rumah tangganya. Selepas itu Rasulullah saw berpesan bahawa, lelaki adalah pemimpin dan isteri adalah pengurus rumahtangganya. Suamilah diwajibkan untuk mencari nafkah, manakala isteri tidak perlu keluar mencari kerja. Sekiranya isteri pun dikerah mencari rezeki, siapa yang nak mentarbiyah anak dirumah? Siapa yang nak mengelola rumahtangga? Sebab itu timbul pada hari ini anak anak yang kehilangan arah, bermasalah sebab apa? Sebab manusia tidak taat pada fitrah Allah. Namun, yang terpaksa bekerja, pastikan anak anak dan pengurusan rumahtangga tidak diabaikan.


Sekiranya ada anak anak lelaki atau perempuan yang enggan bernikah dengan alasan nak fokus jalan dakwah tarbiyah, ingat, pertama, sejauh mana atau sehebat manapun kita berdakwah, bernikah adalah sunnah Rasulullah saw. “Sekiranya umatku menolak sunnahku, sesungguhnya mereka bukan dari kalangan umatku”. Kedua, sekiranya kita enggan bernikah, sehebat manapun kita, kita tidak akan mampu menyempurnakan seluruh ad din. Sebab itu, ketika seorang lelaki ataupun perempuan bernikah, Rasulullah telah memberi pengiktirafan yang tinggi iaitu, “Sekiranya seorang umatku telah bernikah, maka dia telah menyempurnakan separuh dari ad din.”


Pahala nafkah Allah kurniakan hanya pada seorang suami yang memberi nafkah pada anak dan isterinya. Sama ada nafkah kebendaan, tempat tinggal yang baik, makanan yang halal, kenderaan yang baik. Dari segi bukan kebendaan, tarbiyah, nafkah batin. Persetubuhan suami dan isteri yang halal dikira sedekah dan mendapat pahala. Isteri mendapat pahala berhias untuk suami, pahala bersalin yang mana Allah hapuskan dosa kita dari setiap titik darah yang keluar ketika kita melahirkan anak atau setiap titik susu yang kita keluarkan untuk anak. Berdoalah pada Allah supaya Allah beri kita peluang untuk menimba pahala pahala ini.


Allah telah berfirman di dalam surah An Nur ayat 32. Melalui surah ini, Umar al Khattab mengatakan, siapa yang merasa dirinya miskin, hendaklah dia menikah. InsyaAllah Allah akan kayakan dia. Jadi itulah yang perlu ditik beratkan, masalah enggan bernikah yang menjadi satu fenomena yang melanda umat Islam pada hari ini. Anak anak lelaki yang berada di jalan dakwah dan tarbiyah, mereka merupakan lelaki yang miskin, jadi buat yang perempuan, kalau ingin bernikah dengan ikhwah yang berada di jalan ini, mereka miskin, sebab rezeki yang Allah bagi pada mereka mereka infakkan pada Allah. Untuk pernikahan bersama mereka, mudahkanlah mahar. Mudah mudahan Allah memberi keberkatan pada anak ummi kesemuanya.


Apabila sudah mempunyai perasaan pada yang berlainan jantina, maknanya itu petunjuk dari Allah yang anda telah bersedia untuk bernikah. Mohonlah pada Allah, agar Allah halakan pada system syariat Allah. Walau dalam apa keadaan sekalipun, jangan terlibat dengan nafsu syahwat yang haram. Rasulullah saw telah bersabda, zina kemaluan bermula dengan zina mata. Zina mata akan jatuh ke hati. Bila tiba dihati, sudah susah untuk cuci. Sebab itu adanya bercinta diam diam, kemudian berchatting di internet, ataupun melakukan sesuatu yang diluar batasan seperti beronani. Kita tidak akan sampai ketahap sebegitu sekiranya kita tidak memberi peluang kepada mata kita. Sebab itu dalam surah an Nur ayat 30-31 Allah suruh tundukkan pandangan. Memang Allah tahu, anak anak yang mula baligh sudah mempunyai perasaan sebegitu. Sebab itu kita perlu tahan dan kawal dan dalam masa yang sama, kepada ibu dan bapa juga disarankan supaya permudahkan anak anak untuk bernikah.


Peliharalah mata kita, jangan sampai menjadi zina hati. Apabila zina hati berlaku, ia akan sampai ke kepala. Kepala akan selalu memikirkan macam mana nak menarik perhatian untuk berkomunikasi. Di facebook, mula add sebagai friend. Sebab itu, sekiranya ada lelaki atau perempuan dalam facebook kita yang ada bukan sebab muamalah, disapprove atau unfriend. Kalau kita approve dan biar, pastikan kita ada jawapan untuk diberi pada Allah kelak. Mohon Allah pelihara nafsu kita, insyaAllah Allah permudahkan pernikahan kita. Selagi kita tidak mampu kawal, selagi itu Allah tidak akan beri pasangan pada kita. Apabila kita berjihad melawan nafsu, Allah tahu betapa susahnya, dan Allah akan permudahkan. Tetapi kalau kita tidak jaga, Allah akan panjangkan lagi perjalanan itu. Sama samalah kita bermohon doa supaya Allah pelihara.

diambil daripada kuliah BM by ummuatifah..semoga bermanfaat untuk diri ini dan antum2 yg membaca juga..May Allah guide us all,inshaAllah..

Sunday, April 14, 2013

masa hadapan yg lebih jauh

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni ana nk tulis pasal masa hadapan..
bila kita cakap pasal masa depan,ap yg kita nmpk?pastinya ramai org memikirkan kerjaya,mungkin keluarga,dan mungkin juga harta..mungkin bg ana,ana pun dah last year degree student,so now memang dok sibuk fikir masa depan..nk kerja apa?nk khwin dgn sapa?nk beli apa dulu,nk smbung blaja or kerja?nk balik msia or smbung jepun?n mcam2 la lagi..

mungkin itu yg kita panggil "masa depan"..tapi dlm kalangan kita,siapa yg pandang lebih jauh?apakah masa depan yg lbh jauh?
-Ia adalah AKHIRAT..

ya,akhirat adalah masa depan yg sebenarnya..ada orang bercita2 nk jadi engineer,maka dia akan rancang bek2 macamana dia nk jadi engineer..dengan belajar bersungguh2 dan scor exam..ad org nk bina keluarga yg bahagia,maka dia akan rancang baik2 baitul muslim nya dengan memperbaiki diri dia dan menjaga dirinya,mencari or memilih pasangannya dengan teliti..

disinilah letaknya kepentingan membuka mata kita memandang masa depan itu sendiri-bahawa akhirat adalah masa depan yg hakiki,maka perancangan yg PALING perlu ialah perancangan kita menuju akhirat itu wahai ikhwah akhwat sekalian..

apakah akan ada lagi perkara yg hadapan dari akhirat??
kita sume tahu kita akan menuju samada neraka atau syurga..kalau neraka maka celakalah,kalau syurga maka bahagialah.

sume org cakap xnak neraka,tapi knpe xpaham2 lagi?kenapa hidup nak ikut kemahuan sendiri je?kenapa susah sangat nk jadi hamba?kita ni dah besar sangat ke,dah bagus sangat ke? ni lah kita,lemah iman ilmu xda,tapi xreti2 nk muhasabah,tambah ilmu agama,belajar jadi hamba sikit,suh zuhud sikit pon susah,..yg kita taw,apa kita nak,kita dapat..sedarlah wahai diri dan kawan2,banyak bende yg Allah xnak kita buat,bende tu lah yg kita dok nak buat je..bende ni jelas,Allah xcipta kita kat dunia ni semata2 utk kita hidup,makan,minum,buat apa kita suka,then mati..Allah cipta kita semata2 nk uji kita,Allah cipta dunia ni semata2 sebagai tipu daya utk manusia..terpulang la kita nk guna kesempatan kita kt dunia ni utk menjadi hambaNya,or sbaliknya..

so kalau kita betul2 pandang masa depan kita itu ialah akhirat,maka kita akan merancang kehidupan kita utk menuju akhirat itu sendri..sebagai contoh,nak masuk syurga..so kita akan plan nak buat amal banyak2,jadi org yg soleh/solehah,xbuat maksiat,dan taat kepada Allah..banyak lah contoh2 yg lain..dalam seharian hidup kita akan kita rancang semata2 untuk menuju syurgaNya toka..

sedangkan bila kita mengejar akhirat,maka kita akan bahagia di dunia..adakah kita betul2 beriman dengan 6 rukun iman tu?kita cakap je byak,cakap lebih,pong pang pong pang,tapi sayangnya perbuatan kita jelas menunjukkan lemahnya iman kita terhadap satu2 rukun iman tu sendri(cakap kat diri sendiri).

maka pengejar akhirat akan memisahkan dirinya daripada kejahatan,keburukan,syubhah,dan hidupnya akan sentiasa tenang,dengan izin Allah..

wahai diri,ingtlah dunia ini hanyalah ladang akhirat..setiap detail yg dilakukan di dunia ni akan dihitung di akhirat dan dibalas dengan setimpal..jangan mengalah wahai diri,sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan teliti dalam apa yg kita kerjakan..biar di mata manusia tiada nilai,kerana manusia hanyalah hamba yg lemah,sedangkan Allah lah segala2nya..guna dunia ni utk kejar akhirat,jgn stop please Allah..tinggal manusia semata2 kerana Allah..akhiratlah cita2 utama!

apakah manusia rugi di atas dunia ni jika dia bersabar dengan kehendaknya dan mengejar semata2 akhirat??
-Tiada ruginya!modal utk akhirt sendiri adalah dunia..pengejar akhirat,kehidupannya di dunia adalah kehidupan yg baik..ana percaya itu

may Allah guide me and you all the way to jannah~

Monday, April 8, 2013

terlalu sikit kita bersyukur(al araf:10)


bismillahirrahmanirrahim...


وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلاً مَّا تَشْكُرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.
(7:10)

ayat ini menjelaskan bagaimana perlu kita mensyukuri nikmat Allah...betapa kita x syukur nikmat Allah ni bilamana kita sedih dengan kekurangan diri kita,sedangkan kita xsedar pun apa yg ada pada diri ini sudah cukup nikmat,malah lebih dari yg sebnarnya kita harapkan..(cakap kat diri sendiri)..kita kadang2 n jarang sangat bersyukur,kalau kita bersyukur pun tidak dalam banyak aspek,mungkin certain2 things je..contoh,nikmat Allah bagi kat tubuh badan kita sendiri pun kadang2 kita xsedar dan bersyukur,ye dak? :(( seorang manusia bilamana dia xjatuh sakit terlantar kat hospital selama 2 bulan xkan taw erti nikmat kesihatan tubuh badannya..seorang yg clumsy dan diejek rakannya dan dia sedih kerana kekurangannya itu belum tentu memahami erti nikmat selagi Allah tak tarik segala nikmat yg memang dah ade kat dia...seorang yg dapat melihat warna xkan tau erti nikmat melihat warna selagi dia belum jadi buta or buta warna.. Allahu rabbi betapa hina nye diri ini sangat sedikit bersyukur akan segala nikmat yg Allah berikan..

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(ibrahim:7)

ibnu qayyim ade menyatakan bahawa tanda bersyukur itu ialah dengan mentaati perintah Allah dan jangan inkar kepadanya.hendaklah kita menjalankan segala perkara yg difardukan kepada kita tanpa membuat helah dan mengabaikannya...bayangkan kita berniaga kuih karipap..kita jual karipap sardin n kentang,tapi karipap sardin dah habis..so ad org nk beli karipap sardin,kita pon semata2 nak untung 2,3 ringgit,kita sanggupp menipu mengatakan karipap kentang itu karipap sardin..jadi di mana syukur seorang peniaga kalau bersikap mcm tu?lihatlah zaman ini betapa ramai peniaga islam yg menipu semata2 nk untung sedikit.. kita tak takut kepada Allah kita mengabaikan perintahNya semata2 nak untung sikit..xkan kaya kita kalau kita menipu,xkan jadi jutawan kita dengan menipu kerana Allah lah yg maha pemberi segala2 nikmat di dunia nih..

al imam ibnu kasir mengemukan sebuah hadis tentang orang yg muflis ketika membahaskan ayat ke 10 ini..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Ahmad)

maka wahai diri dan sahabat,cukup2lah memaki seseorang,attack pemimpin2 yg kita xsuka berlebih2han,share itu ini sehingga membuka aibnya..takut2 nanti pahala kebaikan kita diambil sampai habis,dosa orang tu pulak kita tanggung..Allahurabbi..jadi kalaulah kita bersyukur,janganlah kita menganiaya orang lain...Allah memuji orang yg tidak menganiaya org lain,kemudian dia taat perintah Allah dan menjauhi larangannya,Allah puji mereka sebagai orang2 yg bersyukur..

kata imam ibnu qudam al maqdisi dalam kitabnya mukhtasar minhajul qhasidin,beliau menjelaskan..
para ulamak berbeza pendapat tentang ketinggian sabar dan syukur,mana yg lebih tinggi kedudukannya..dalam ayat 10 ni Allah berfirman hanya sedikit sahaja hambaku yg bersyukur..
ramai manusia bila ditimpa ujian dia boleh sabar,tapi memang sedikit manusia bila mendapat nikmat,dia bersyukur...cukup payah nk mendapati manusia yg bilamana mendapat nikmat dia bersyukur..yg banyaknya bila dia dapat nikmat,dia nk nikmat lain,dia sedih dengan kekurangan dia,sedangkan apa yg dia ada tu pun dia xsedar2 lagi dan xbersyukur...

imam ghazali berkata syukur itu lebih tinggi daripada sabar..ibni qudam al maqdisi juga mengatakan bahawa sabar juga mendapat tempat disisi Allah..Allah bersama orang2 yg sabar(bukhari dan Muslim)..yg pastinya kedua2 sifat itu adalah sifat2 org beriman..

Sabda Nabi SAW: "Rahsia kebaikan seorang muslim adalah apabila ia bahagia, ia bersyukur dan jika ditimpa kesulitan ia bersabar." [HR Muslim]

semoga kita menjadi lebih bersyukur dengan segala nikmat yg Allah beri kepada kita selama ni..kalau kita lihat dah 22 tahun umur,ada orang tu dah 40 tahun umur,kalau kita meluhat dari saat kita lahir dengan xde papenye lagi xreti apa, sehinggalah sekarang ni keadaan kita ni,tempat kita duduk sekarang ni..masyaAllah sungguh nikmat Allah tu xdapat nak hitung kan?
ingatlah kita hidup di dunia ini sementara,kita mengejar kehidupan yg hakiki kelak..amatlah rugi untuk seorang manusia yg tidak berusaha menggunakan masa2 di dunia yg penuh tipu daya ini untuk mempersiap diri untuk kehidupan selama2nya di akhirat kelak...


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” [Riwayat at-Tirmidzi]

wallahualam..may Allah guide us all the way to jannah~

Monday, April 1, 2013

sibuknya dengan urusan dunia!

bismillahirrahmanirrahim..

tika ana menulis post ini diri ini sedang sangat sibuk(dengan urusan dunia kot)

astaghfirullah,astagfirullah,astaghfirullah~~~


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?(29:2)

bila pahamkan sket2 surah al-ankabut kita dapat melihat betapa umat2 dahulu diuji oleh Allah dan Allah turunkan bala jika mereka xreti2 nak berhijrah..ayat2 surah ni turun masa para sahabat diuji dengan sangat teruk,dilayan mcm ape oleh kafir musyrikin..antaranya khabab yg melecur belakang badannya sampai org xsanggup nk tengok..maka para sahabat bertanya kepada nabi kenapa mereka ditimpa sedemikian sedangkan mereka beriman..maka turunlah ayat ni...

tapi,tapi,,ape je ujian yg jatuh kt diri ini?Allah limpahkan segala kenikmatan utk digunakan ke jalannya,tapi masa lapang pon xreti nk appreciate guna untuk jalan Allah..asyik2 sibuk,sibuk,sibuk..
sibuk dengan urusan dunia la kot tu..cakap je mcm buat amal,tolong orang la ape la,hakikatnya kadang2 solat pon hujung waktu sebab terlalu sibuk dengan urusan dunia katanya(diri sendiri)
dan byk la alasan2 yg len..hakikatnya diri ini masih belum benar2 takut Allah...Allahurabbi takutlah Allah,bertaqwalah wahai diri...insaflah..jangan sampai Allah biarkan kita kembali jatuh ke alam jahiliyah..baru Allah uji dengan kesibukan yg sedikit...Allah lah segala2nya,jagalah Hak Allah maka Allah akan jaga hak hambanya itu..

hakikatnya kita tetap on the way nak mati menuju kubur,,apa yg kita buat di dunia ni sebesar zarah pon akan dihisab di hadapan Allah...Allahuakbar~

wallahualam..semoga Allah beri kita hidayah untuk terus taat menjalankan perintahnya sebagai hambaNya..may Allah guide me and you all the way to Jannah~

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)