Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Friday, August 16, 2013

kisah thufail bin amr ad-dausi

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah lepas sebulan ramadhan dan sminggu lepas syawal ana masih sihat dan hidup dengan kurniaNya. semoga ramadhan yg lepas benar2 menjadikan kita lebih bertakwa,moga Allah terima sume amal2 kita,dan moga berjumpa dengan ramadhan lagi tahun hadapan..
selain itu,semoga Allah bantu saudara2 kita,ikhawanul Muslimin yg berada di Mesir menghadapi musuh2 Allah yg kejam dok nak perjuangkan liberalism dan sekularism mereka..xmustahil masa depan bila Islam sbenar dah terpahat dalam hati orang2 muda di negara kita, akan terjadi perkara yg sama juga di Malaysia,kita tidak tahu..yg haq pasti menang, dan batil pasti kalah juga.. semoga anak2 muda lebih sedar lebih peka tentang dunia dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.. rasa jealous tengok anak2 muda syiria,palestin,ottoman,now mesir yg jelas kembali kepada islam dan dapat perjuangkan agama ini sehingga mati syahid,sesungguhnya itulah kemenangan yg nyata,dunia ini hanya mainan dan persinggahan sementara dan kita mudah tertipu dengan dunia ini.. semoga Allah matikan kita dalam keadaan khusnul khatimah dan bukan dalam keadaan tengah lalai dengan onak permainan dunia ini,Allahualam..

kali ini ana nk cerita tentang betapa pentingnya kita 'invest' in people around us for islam,dakwah mereka dengn penuh hikmah dan sabar,sebab kita c pernah tahu what may come for us..seperti kisah sahabat bernama tufail ini..

tufail ni ketua kabilah Daus,dia ni smart,ade kedudukan dan berpengaruh di kalangan org2 dia..kata2 dia power,dia penyajak yg hebat dan dia protect org2 dia yg perlukan pertolongan..kira bgus gila la dia ni..masa ni dia jahil lagi..

so once upon a time dia nak ke mekah nak tunai haji,masa tu kat mekah tngah fight2 la nabi dengan musyrikin quraisy masing2 cuba mencari sokongan.nabi dengan dakwahnya menyeru Allah dan kafiq quraisy dengan tentangan dakwah nabi dengan pelbagai cara.. masa tufail dtg mekah dia diberitahu oleh kafir quraisy supaya jgn dekat nabi,nabi ni buat kaum kami berpecah,nabi ni bla2, jgn dekat nabi nnt dia sihir kamu dan porak perandakan kaum kamu pula.. sehinggakan tufail ni memng xnak lngsung jumpa nabi,siap tutup telinga dia lagi takut2 terjumpa dengan nabi lepas dengar pelbagai kisah2 pelik tentang nabi from org kafir quraisy..

so bila tufail nak bertawaf kat kaabah dan memohon keberkatan drpada berhala agama jahiliah yg dia agungkan,dia nampak nabi pun solat di situ,tapi cara nabi solat lain,tufail tertawan dengan cara nabi solat tu,so tufail mendekati nabi dan terdengar beberapa firman Allah dalam solat nabi..ternyata tufail tergerak hati utk mendengar kata2 nabi muhammad.. hati nya tertarik utk berkata apa salahnya jika kau dengar apa yg muhammad ini katakan, baikburuk kata2nya dapat kau judge,why not hear this side plak,detik hatinya..so tufail mengekori nabi pulang ke rumah dan berjumpa dengan nabi.tufail ceritakan pada nabi tentang orang2 quraisy yg ceritakan mcm2 hal pelik tentang nabi dan meminta nabi ceritakan perihal sebenar tentang dirinya. nabi ceritakan hal sebenar dirinya kepada tufail dan membacakan surah al-ikhlas dan al-falaq. ternyata tufail jatuh cinta dan terus mengucap syahadah..

kemudian tufail stay seketika di mekah dan belajar tentang islam dan menghafal beberapa ayat quran,selepas beberapa ketika tufail pulang ke kaumnya dan menyebarkan dakwah islam kepada kaumnya..namun,ternyata kaumnya tidak menerima dakwahnya.. frust menonggeng tufail ni kaum dia xnak sahut dakwah dia maka dia pulang ke mekah utk jumpa nabi menceritakan ke'frust'an dia kat kaum dia tu..so nabi berdoa supaya Allah beri hidayah kepada kaum Daus dan menyuruh tufail 'SERVE' or berlemah lembutlah dengan mereka dan serulah mereka kepada Islam.. MasyaAllah mcm tu nabi suruh kita seru orang, bukan dengan cara kekerasan atau paksaan dan sebagainya..so tufail pulang kepada kaumnya dan buat mcm nabi suruh,dia serve kaum2 dia,sabar,invest kat diorang,lemah lembut dengan diorang dan seru mereka kepada ajaran Islam..

masa berlalu dan berlalu,sehinggalah nabi hijrah ke madinah,then berlaku perang badar,uhud,khandak,lama la masa berlalu,sehingga tufail datang bertemu nabi dengan membawa bersama 80 keluarga dari kaum Daus utk bertemu nabi bersedia nk masuk Islam..masa ni xsilap 2tahun stngah b4 nabi wafat.. so ramai la kaum Daus masuk Islam masa tu atas sebab invest dan lemah lembut tufail tadi.. paling best antara dalam 80 keluarga tu, ad sorang ni namanya Abu Hurairah, perawi hadis paling mashur, dia stay dengan nabi kat Mekah,belajar Islam dengan nabi,berdamping dengan nabi, sehingga menjadi perawi hadis paling mashur mcm yg kita sume tahu.. sume tu masuk akaun amal tufail ni masyaAllah, sume sebab tufail invest baik2 seru mereka kepada agama Allah..

so, the next time we want to deal with people, ingat sahabat tufail ni.. jangan nak hentam orang mcm tu je,dia nak berat nanang biar dia,Allah yg bagi hidayah, kerja kita lemah lembut,seru mereka dengan sabar,dan jgn pernah lelah.. mungkin sebab amal kita yg yg byk cacat cela sebab tu Allah tak bagi kita nak,ingat,yg lemah,hina,byk kelemahan adalah kita.. kita xkan pernah tahu apa yg Allah akan beri kepada kita..
Semoga Allah merahmati tufail ibn amr,semoga Allah beri kita kekuatan nak seru orang2 sekeliling kita dengan lemah lembut dan hikmah..semoga Allah terima dan gandakan amal2 kita lebih byk dripada yg kita sangka kita ada..
semoga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada ana dan antum sume..

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)