Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Tuesday, January 29, 2013

sahabat yang dijanjikan syurga




bismillahirrahmanirrahim...

hari ni nak list out nama para sahabat yg dijamin masuk syurga..(al mubassharin bil jannah)
biasa la sape lagi kalau bukan 10 sahabat yg dijanjikan syurga tu and beberapa sahabat lain yg Nabi dah sebut tentang mereka di syurga semasa Nabi masih hidup lagi... bukan apa, kita nk mencontohi amal2 sahabat ni sampaikan diorng dah dijamin masuk syurga kat dunia lagi... semoga kita beroleh pengetahuan dan dapat amal..inshaAllah..korekara(lepas2 ni) pun ana akan layan kisah sorang demi sorang para sahabat ni di post2 seterusnya inshaAllah..


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو

Ertinya : “ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )


10 orang itu ialah:

1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Utsman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin ‘UbaidiLlah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).


selain tu ade juga para sahabat lain yg Nabi ckap akan berada dalam syurga seperti Bilal bin Rabah,Saidina Abu Darda,dan Saidina Ukasyah dan lain2....

korekara on the next post inshaAllah ana akan layan seorang demi seorang sahabat nih..Allah amal apela yg diorang ni buat sampai masa hidup lagi dah dijamin syurga...xsabar nk tahu...

ijyoudegozaimasu...May Allah guide me and you all the way to Jannah..

Monday, January 28, 2013

kehancuran kaum AD

bismillahirrahmanirrahim...

hari ni layan cerita kaum AD..(lihat surah Al-Fajr ayat 6-8)...

kaum Ad nih adalah kaum Nabi Hud lepas Allah hapuskan kaum Nuh..kaum yg sangat power..badan besar n tough,duit banyak,pandai,berkuasa..berkuasa diorng ni sampai diorng buat istana kat atas gunung dengan tujuan nak main2 je bukan nk tinggal pon..Allah bagi segala2 nikmat kat diorng,xpernah org kat dunia ni dapat nikmat lebih nikmat daripada kaum Ad nih..so bila diorng dah hebat diorng sombong sampai ngaku xde sape lagi kuat dari mereka..Allah utuskan Nabi Hud dalam kalangan mereka,supaya mereka faham,tapi nmpknye semakin nabi Hud ajak mereka kepada Allah mereka makin kafir.makin nabi Hud ajak,makin diorng mengejek/mencerca nabi Hud..sampai 1 tahap diorng kate "xnmpk ke kitrng ni kuat sgt?even tuhan kau pon xkuat mcm kitorang".

so mksdnye diorng xpercaya nabi Hud,bermaksud dia xpercaya semua nabi..sebab semua nabi/rasul diutuskan atas mesej yg sama.sebb ade org skarang yg kate as long as percaya 1 nabi je ok,as long as percaya Jesus(isa) je its ok..xbetul tu!if someone disbelieve in one messengger,they disbelieve in all messenger..tu satu,next is that bila tgk kaum Ad nih diorng memang skillful,bijak pandai,tapi bila sampai bab Allah,diorng x..kalau ade nobel prize mmg kaum Ad ni mesti boleh menang kot..kalau kita g traveling,jalan2 nation to nation,banyak yg kita tengok org crita adalah kaum ni Allah musnahkan,,this nation is destroyed bla bla..contoh piramid,ape yg kita tengok kat piramid?thombstones..batu2 nisan..tempat2 Allah musnahkan kaum2 nih.contoh lagi,petra,jordan..kota terukir kat dinding(one of seven wonder) kot..tu tinggalan kaum tsamud yg berpaling dari ajaran nabi salleh..ha,crite kaum thamud ana cerita next post..tapi Allah kekalkan bende diorng cipta,Allah tinggalkan sikit2 peninggalan kaum2 yg dah Allah musnhkan ni supaya kita berfikir..!.

now,berbalik kepada kaum Ad yg bijak nih,Allah kata dalam alquran(29:38) mcmana bijak pon pandai pon org tu syaitan still can deceive him/her..Allah ckp syaitan buatkan dosa diorng cantik,butakan mata diorng dengan keindahan dosa sampai diorng xnampak jalan yg lurus..mksdnye kepandaian n kebijaksanaan is still not enough,manusia perlu lebih ikhlas,lebih perlu pergi dalam hati utk menyembah Allah..kaum Ad ni punya sombong sampai dia cabar Hud(biasela kaum2 ni nk suh nabi tunjuk bukti padahal memang diorng kufur n bongkak)..cabarannya ialah supaya Allah hapuskan kaum Ad tu sendiri...punya bongkak kaum Ad nih..haduiii...so nabi Hud pon dah nmpk kaum dia ni mcm dah tenat dah jenuh dah dia dakwah diorng makin kafir adela siap cabar Allah lagi,so nabi Hud cabar sesiapa saja yg boleh kalahkan dia,boleh bunuh dia,buatlah demikian..dengan kuasa Allah tiada seorng pon yg boleh sakiti nabi Hud..so bila Allah nak hapuskan kaum ni,please remember my friend,ya akhwat,ikhwah,..Allah bagi segala nikmat kat kaum tu,bagi apa saja,segala nikmat yg ada sampai kaum tu lupa tengah berseronok2 then on that time Allah turunkan bala..boleh rujuk alquran(6:44).

so Allah tarik nikmat air from kaum Ad nih selama 3 tahun..kaum Ad ni diorng sembah berhala,specific die ade 3 tuhan berhala diorng..so diorng dok puja berhala ni minx diturunkan hujan,,so diorng dok puja tuhan diorng minx hujan,then dtglah awan2 hujan n diorng nye "amir" kate ni bless from tuhan diorng(berhala)..tetapi diorng xtaw tulah awan bala yg Allah sediakan utk mereka yg mereka seronok sgt anggap tu hujan...untuk rujukan boleh rujuk alquran surah al-ahqaf ayat 21-28.

Allah antar angin slama 7 malam 8 hari sekaligus menghapuskan kaum Ad tanpa tinggal seorang pon dari mereka...Allah wiped them from the Earth..masyaAllah..

Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk.
(Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42)

they were all gone...mana kaum AD skarang?diorng dah dapat balasan atas apa yg diorng kerjakan..mana KITA?on the day of resurrection Allah xtanya kita mana kaum AD,Allah tnya kita apa yg kita kerjakan..Allah tanya tentang KITA..apa yg kita kerjakan wahai sahabat?apa sumbangan kita kat DEEN ni..Allahuakbar..kaum AD tidak bersyukur kepada Allah,so kitalah hamba yg kena bersyukur..kaum ad sombong and bongkak and Allah benci mereka...so kitalah hamba yg humble,berserah tunduk kepada Allah supaya Allah sayangkan kita...kaum AD terlalu kaya n blessed with harta,tapi mereka xgunakan untuk agama Allah..so kita ni lah yg kena belanjakan harta kesenangan kita di jalan Allah...May Allah guide me and you all the way to Jannah..


Saturday, January 26, 2013

khalid al walid

hari ni layan cerita khalid al walid..the sword of Allah...
sebb khalid al walid ni lah org quraysh menang perang uhud..dia pandai cari peluang nk serang n kumpulkan org2 quraysh yg dah brterabur lari..
masa khalid al walid masuk islam,rasulullah sgt bahagia sebab team perang islam jadi kuat dengan khalid.khalid ni lagi garang dari singa kot...
syngnya cita2 dia nk mati syahid Allah xtunaikan.khalid mati atas katil je.dmikianlah kuasa Allah nak tunjuk apa dia boleh buat kat hambanya
tpi khalid al walid tetap dapat darjat tinggi dalam syurga.dengan bukti kesan2 perang di bdnnya.mana mungkin sayfullah gugur di medan perang..


"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."

ijyoudegozaimasu...may Allah guide us all the way to Jannah

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)

bdk2 SAJOHA(Sains Johor) yg masuk JAD(Japanese associate Degree)
mase robokon jad(sarhan,ciko,pian,bikai,pisang,aku)